Selamat datang ke blog D'Nur

~~ We care, we act ~~

Tak Kenal Maka Tak Cinta



Kalau Tuhan, kita kenali, Kasih sayang dan perananNya,
Kalo Tuhan, kita fahami, Keagungan dan kekuasaanNya,
Kalau Tuhan, kita rasakan, Betapa Dia sangat cintakan hambaNya
Kita akan sanggup berjuang, Sanggup mati keranaNya,
Kita akan sanggup berkorban, Apa sahaja keranaNya (ulang 2kali)

~~~Kalau Tuhan dikenali~~~

**Cintailah Tuhan,Dialah segalanya
Korbankanlah apa sahaja keranaNya
Cintakan Tuhan cinta paling mahal
Cintakan selain Tuhan cinta murahan

Kalau Tuhan, kita kenali, Dialah segala-galanya,
Kalau Tuhan kita fahami, Dialah pengurus seluruh keperluan kita
Kalaulah kita faham, Tuhan ini siapa sebenarnya
Kita akan sanggup menerima ujian keranaNya,
Kita sanggup buat apa sahaja demi cinta padaNya,
Kita akan sanggup menerima ujian keranaNya,
Kita akan sanggup menderita kerana cinta padaNya.
Kenalilah Tuhan by Mawaddah



Lirik lagu ini memikat hati saya di kala pertama mendengarnya. Dan sehingga ke hari ini, lagu inilah yang saya putarkan berpuluh kali sebagai halwa telinga. Liriknya amat cantik dan indah sekali. Saya mengakui bahawa cinta kepada Allah swt merupakan cinta yang amat payah untuk dipupuk. Kenapa? Kerana kita tidak berupaya untuk melihat Allah swt. 'Tak kenal maka tak cinta' bukan?

Tapi, ini tidak bermakna kita tidak boleh mengenali Pencipta kita. Bagi insan yang mengenali dirinya sendiri, pastinya tidak susah untuk dia mengenali Ya Khaliq. Penciptaan dan pembentukan kita adalah sebaik-baik makhluk. Dengan akal yang diberikan, manusia tidak susah untuk mengenali Allah swt sebenarnya. Menekuni setiap anggota tubuh badan kita membolehkan kita mengecapi keEsaan dan keKuasaanNya. Dengan bunyi kicauan burung, peredaran matahari dan bulan yang tersusun, turunnya hujan membasahi bumi dan beribu kejadian semulajadi alam menjadi alat untuk manusia mengenai Tuhannya.

Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya dan Yang memulai penciptaan manusia dari tanah. (32;7)

Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat segala sesuatu. (67;19)

Katakanlah: "Dia-lah Yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati". (Tetapi) amat sedikit kamu bersyukur.(67:23)

Cinta kepada Allah datang daripada rasa keimanan yang tinggi kepada Rabbul Izzati malah cinta ini menjadi teras keimanan kerana keimanan mestilah berlandaskan pada ilmu pengetahuan. Dengan ilmu pengetahuan inilah kita boleh mengenali Tuhan kita. "Orang yang Mengenali Tuhannya, akan mencintai-Nya". Pengetahuan yang semakin mantap akan melahirkan kecintaan yang lebih tinggi biiznillah.

Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan kepadanya, Dia akan menjadikannya faham dalam agama.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Cinta seseorang kepada tuhannya akan membawa dia untuk mencintai apa yang disukai oleh Tuhannya. Disebabkan itulah, seorang yang beriman mencintai Rasulullah saw kerana Baginda merupakan kekasih Allah. Mereka juga mencintai Al-Quran dan segala isi kandungannya. Malah mereka juga mencintai orang-orang yang mencintai Allah.

Sabda Rasulullah saw lagi: "Tiga perkara, sesiapa yang memilikinya akan merasai kemanisan iman, iaitu dia mencintai Allah dan RasulNya melebihi yang lain, dia membenci untuk kembali kepada kekufuran setelah dia diselamatkan oleh Allah sama seperti dia membenci dicampakkan ke dalam api neraka, dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah swt."

Kecintaan kepada Allah adalah cinta yang agung..the ultimate love! Bagaimana sifatnya orang yang mencintai Allah swt itu? Mari kita tengok apa kata Allah?

"Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah lembut terhadap orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. (Al-Maidah; 5)

Membelek helaian kalamullah, terang dan jelas Allah berinteraksi dengan makhlukNya. Tiada sebab untuk makhluknya tidak mengenali Penciptanya Yang Maha Agung. Mengenali diri sebagai hamba menjadikan kita secara tidak langsung menerima dan mengakui bahawa Allah swt itulah tuan/CEO kita. Pengetahuan yang kita ada dan kumpul inilah menjadi sumber untuk kita mengenali Allah lalu mencintaiNya. Cinta ini pula akhirnya akan membawa kita kepada sifat-sifat orang yang mencintai Allah seperti yang dinyatakan dalam ayat di atas.

Cinta Allah lah cinta Allah yang paling mahal dan patut dikejar oleh setiap makhluk. Bukan seperti budaya zaman sekarang yang banyak mengagungkan makhluk sebagaimana jika dahulu, masyarakat jahiliyah dikenali sebagai masyarakat yang mengangungkan berhala yang tidak bernyawa. Kukuhkan cinta pada Allah sebelum cinta kepada makhluk. Belajar mencintai penciptanya sebelum mencintai apa yang diciptainya.

Ada 4 sikap orang yang sedang bercinta nih:

1. Buat apa yang disukai oleh orang yang dicintai

2. Tak buat apa yang dibenci

3. Tinggalkan apa yang tidak disukai

4. Sentiasa nak habiskan masa yang lama bersama

Macam orang yang sedang bercinta, memadu kasih.

1. Kalau yang makwe suka minum air kelapa, tak dijual di kedai, sanggup pulak yang pakwe panjat pokok kelapa. Nape? Sayang katanya~~

2. Makwe allergic ngan orang yang suka merokok..Asap rokok sebatu pon, dah terbatuk2. Aish, sebab sayang, rokok sanggup digadai.

3. Sang pakwe tak suka kita pakai baju kaler pink, menyilau sangat katanya. Tak perlah, nak buat camne..babai baju pink :P

4. Kalau dah bercinta, berkepit siang malam pon tak jemu2..Hujan ribut taufan pon tak kesah.

Tapi kenapa bila cinta kepada Allah swt, tak boleh sampai ke tahap camni? Mungkin boleh, tapi susahkan? Banyak usaha yang perlu diletakkan.

Kalo kita fikirkan cinta kita kepada ibubapa pon cukup rasanya. Demi ibubapa, sanggup je rasanya nak tinggalkan study, harta benda. Tapi kalau demi cinta Allah, agak-agaknya berapa ramai yang sanggup? hmmm..meh kita sama-sama berfikir dan muhasabah. Moga kita termasuk dalam golongan orang yang mencintaiNya dan dicintaiNya. aminn...

0 comments:

Shame on You, Yahudi Laknatullah!!!

Ahli D'Nur

Blog Archive