Selamat datang ke blog D'Nur

~~ We care, we act ~~

"Ah..Kamu Pelajar Obersi!"

Saya letakkan di bawah suatu sajak/tulisan seseorg dari YG PPIMI. Realiti yang benar walau pahit untuk ditelan.Bangkitlah mahasiswa...ikuti perkembangan semasa di Malaysia jika benar kita ingin balik berkhidmat buat negara, kerajaan dan rakyat. Jika benar kita inginkan perubahan kepada negara Malaysia ke arah yang lebih baik, kita perlu bersedia.Bersedia yang macam mane?Kita kenalah tahu apa yang dibuat di Malaysia..apa yang telah dibuat, apa yang berlaku, apa analisa drpd apa2 yang telah berlaku etc. Sbb kalo kita tak tahu, camne kita nak buat perubahan atau improve bende2 yang kurang berjaya? Kita kena ada idea utk mencorakkan sesuatu. Betul tak?
"Kita boleh bersetuju atau menolak idea dan pemikiran seorang pemimpin. Tetapi pemimpin yang tidak mempunyai sebarang pemikiran dan idea, harus awal-awal lagi ditolak. Pemimpin tanpa idea, memimpin ke arah binasa dan memimpin sebagai boneka."
Ustaz Hasrizal,
Pemimpin Harus Punya Idea

Siapa di antara kita yang tahu bahawa Pilihanraya bakal berlangsung 8 Mac 2008?
Baca Sini

Siapa yang tahu bahawa Adik Sharlinie masih tidak dijumpai setelah sebulan lebih hilang..Nasibnya tak diketahui samada bakal menuruti nasib Adik Nurin atau camne.
Nak tahu lebih lagi?

Siapa yang tahu harga barangan Malaysia naik sehingga 110%? giler ke ape.. Siapa juga yang tahu bahawa harga petrol naik lagi 30sen?
Meh tgk video ni reramai



Kita boleh sesuatu untuk mengubah ke arah yang lebih baik. Ke patutnya kita duduk dan menerima sahaja apa yang berlaku."Ni kan qada' & qadar" ..hmm, saya pon tak pasti relevan ke tidak nak kata camtuh.
Kena buat keputusan sekarang..nak jadi katak yang berani ambil risiko keluar dari kesusahan atau cukup sekadar buat adaptasi dan tunggu mati katak?

Ada sesuatu yang boleh dibuat..kerana memang Allah takkan mengubah sesuatu kaum itu sehinggalah mereka mengubahnya sendiri. Manakah yang lebih dicintai Allah melainkan menjalankan amanah dan menunaikan hak Allah swt bagi mengejar keredhaanNya?Fikir-fikirkan laa kawan-kawan..



From: Sayasayangmalaysia Barisanrakyat rakyat_malaysia_merdeka@yahoo.com.my
To:
ppimi@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, February 27, 2008 10:33:06 PM
Subject: [ppimi] ah...kamu pelajar 'obersi'!

Ah…kamu pelajar ‘obersi’!
Angkat tangan siapa yang tahu beza antara kerajaan dan parti memerintah?
Bila yang menyokong Barisan Rakyat (BR) dikata menentang kerajaan
Yang menyokong BN dikata mendokong kerajaan
Ah...kamu pelajar ‘obersi’
Apa yang kamu tahu...
Sebab itu ramai dari kamu yang termakan
BN disangka kerajaan
Ah...apa yang kamu tahu!

Angkat tangan siapa yang tahu pelajar obersi tidak tertakluk pada AUKU?
Ah...kamu pelajar ‘obersi’
Apa yang kamu mengerti
Sebab itu ramai yang jadi pengecut
Kritik BN disangka biasiswa akan dilucut
Ah...apa yang kamu tahu!

Angkat tangan siapa yang tahu media berat sebelah?
BN betul, BR semua salah
Padahal media itu milik rakyat, bukan milik PARTI memerintah
Ah...kamu pelajar ‘obersi’
Apa yang kamu sedar
Sebab itu ramai dari kamu yang sangka BN tiada salah
Kerana maklumat BR disekat dan dibuang ke dalam tong sampah
Ah...apa yang kamu tahu!

Angkat tangan siapa yang tahu kehakiman negara BN yang punya?
Bila Lingam, TEUKU Adnan, dan Mahathir caturkan segala-galanya
Ah...kamu pelajar ‘obersi’
Apa yang kamu hiraukan
Tiap bulan tembolokmu diisi dengan uang rakyat beribu-ribu ringgit
”persetankan kehakiman Malaysia. Tembolok kami bukan hakim yang jaga” katamu
Ah..apa yang kamu tahu!

Angkat tangan siapa yang simpati dengan nasib rakyat malaysia?
Bila harga minyak naik, harga barang naik, rasuah naik, jenayah naik
Ah...kamu pelajar ‘obersi’
Mesti kamu tidak tahu apa-apa
Belanja uang bulananmu dinaikkan, senyaplah kamu dengan perut yang membondong
”Apa dikira marhaen diMalaysia, kami di sini bahagia”katamu
Ah...apa yang kamu tahu!

Angkat tangan siapa yang tahu SPR itu kuda tunggangan BN?
Bila hari ini mereka nafikan hak BR dengan kisah duti setem
Sedang BN sah bertanding tanpa duti setem
Ah...kamu pelajar ‘obersi’
Mesti kamu tidak faham semua ini
”Apa penting keadilan pilihanraya pada tembolok kami?”katamu
Ah...apa yang kamu tahu!
Angkat tangan siapa yang tahu BR tidak boleh berkempen guna LCD?
Bila BN gunakan seluruh media TV dan radio milik rakyat untuk menipu rakyat
Bila BN guna seluruh harta kerajaan sekolah dan dewan jadikan pusat perkumpulan
Sedang BR diberikan longkang-longkang tepi jalan untuk menyedarkan rakyat
Ah...kamu pelajar ‘obersi’
Penuh dengan idea yang tak jejak ke bumi
Tidak faham demokrasi
”apa perlu kami khuatir pasal BR sedang BN yang penuhkan tembolok kami”katamu
Ah...apa yang kamu tahu!

Dan angkat tangan siapa yang tahu, pelajar, guru dan pensyarah tidak boleh bantu BR
Sedang kelab-kelab BN dalam negara, luar negara tumbuh tanpa rasa malu
Pulang ke malaysia percuma tiap tahun atas nama BN, tiada rasa takut
Ah...kamu pelajar ‘obersi’
Apa yang kamu nampak
Jika nampak pun, pengecut untuk bersuara
Pengecut
”apa yang kami boleh buat, tembolok kami disuap oleh BN”
Ah...apa yang kamu tahu!

Ah...kamu pelajar ‘obersi’
Apa yang kamu tahu?
Kamu pengecut
Kamu hanyalah beban buat rakyat
Kamu lemah
Kamu hanya pentingkan tembolokmu
Kamu penakut
Kamu tidak pernah hiraukan urusan rakyat
Kamu pembelot
Kamu guna uang kami untuk tembolokmu
Kamu tidak guna
Nasib rakyat pernahkah kamu bela?
Aset buat Malaysia konon!

Ah..Kamu pelajar obersi rupa-rupanya
Kamu memang tidak tahu apa-apa!
Maafkan sajalah...
-Abdullah (bukan Pak Lah)-

0 comments:

Shame on You, Yahudi Laknatullah!!!

Ahli D'Nur

Blog Archive