Selamat datang ke blog D'Nur

~~ We care, we act ~~

Kite Runner by Khaled Hosseini

DUA perkara yang difikirkan sesudah menonton filem dan membaca buku Kite Runner hasil nukilan Khaled Hosseini ini : Cinta yang tulus dan takdir.

Amir dan Hassan adalah dua bersaudara yang sejak dari kecil terpingir daripada gelaran tersebut, mereka hidup di dua dunia yang berbeza. Amir sebagai anak tuan dan Hassan sebagai anak pembantu rumah. Ayah Amir (yang juga ayah Hassan yang sebenarnya) seorang peniaga yang kaya namun seorang Islam hanya pada nama.

Sejak kecil, Hassan bekerja membantu 'ayah'nya yang merupakan pembantu rumah di rumah Amir. Oh ya! Cerita Ali, 'ayah' Hassan begini. Ibubapanya telah dibunuh kerana mereka adalah orang berketurunan Hazara, keturunan yang lebih hina daripada Pashtun di Afghanistan, lalu Ali yang masih kecil waktu itu telah dibawa berjumpa datuk Amir, seorang hakim. Lalu Ali diambil tinggal seperti anak sendiri namun Ali sedar dirinya hanya seorang Hazara. Maka sejak hari itu, Ali tinggal sebagai seorang hamba di rumah Amir.

Keakraban Amir dan Hassan sewaktu itu ibarat isi dengan kuku. Mereka memanjat bukit bersama-sama, bermain layang-layang dan Amir pernah mengukir perkataan "Amir dan Hassan, Sultan-sultan Kabul". Namun Amir hanya melakukan ini semua semasa tiada orang lain yang bermain dengannya. Saat ada tetamu di rumah, Amir seakan malu untuk bermain dengan Hassan. Malah Amir sering mengejek Hassan kerana tidak tahu akan makna sesuatu perkataan. Namun Hassan seorang yang sangat naif dan seringkali membiarkan Amir memperlakukannya sedemikian rupa.

Sebenarnya Amir mencemburui Hassan. Ayah Amir sering bertanyakan Hassan, mengajak Hassan ke mana-mana bersama mereka sedangkan Amir inginkan kasih sayang ayah hanya untuknya. Amir seringkali merasakan ayahnya membenci dirinya kerana ibunya meninggal dunia sewaktu melahirkan Amir. Sehinggakan Amir pernah terdengar ayahnya seakan tidak mahu mengakui Amir sebagai anak sekiranya dia tidak melihat sendiri Amir lahir dari kandungan isterinya yang telah meninggal dunia.

Apa seterusnya? ...

We care, we act.

0 comments:

Shame on You, Yahudi Laknatullah!!!

Ahli D'Nur

Blog Archive