Selamat datang ke blog D'Nur

~~ We care, we act ~~

Hanya Satu Soalan;"Apakah Semua Ini Bisa Menyelamatkan Kita?




Amal soleh digandakan sehingga 700kali ganda
"Bandingan derma orang2 yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti biji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap2 satu tangkai itu pula mempunyai seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas rahmat kurniaNya, lagi Meliputi Ilmu PengetahuanNya. "
(Al-Baqarah; 261)


Membelanjakan harta ke jalan Allah disimpulkan sebagai sebarang perbelanjaan yang disumbangkan mengikut jalan yang disuruh oleh Allah swt samada meberi bantuan kepada orang-orang yang memerlukan, beri nafkah kepada anak dan isteri, menunaikan haji, mengeluarkan zakat dan sebagainya. Ini semua mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda sehingga mencapai 700 kali ganda.

Daripada ayat ini juga, dijelaskan bahawa amal soleh yang dilakukan manusia beriman akan dilipatgandakan pahalanya sebagaimana Allah menggandakan bijian yang kita tanam di permukaan bumi yang subur tanahnya. Jika tanah itu tak subur, benih itu akan mati atau hasilnya tidak seperti yang diharapkan.. begitulah juga dengan amal soleh kita. Tanah itu diibaratkan seperti keimanan dan kepercayaan kepada Islam. Semakin kuat imannya, semakin banyak ganjaran amal kebajikan yang diperoleh..sama sprti smkin subur tanah, semakin elok keluarnya hasil tumbuh-tumbuhan yang ditanam atas tanah itu.

Hadith drpd Ibnu Mas'ud r.a menyatakan bahawa seorang lelaki telah bersedekah seekor unta yang diheret dgn tali pada jalan Allah lalu Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud; "Akan datang kpdmu di hari akhirat seorg yang dgnnya tujuh ratus ekor unta yang siap diikat dengan tali." (Allah swt telah menggandakan sedekahnya itu sbyk 700 kali ganda)

Orang yang belanja harta untuk cari redha Allah umpama kebun di tanah tinggi

"Dan Bandingan orang2 yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dr jiwa mereka, adlh sperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebatpun, hujan renyai2 pun (cukup untuk menyiraminya) . Dan igtlah Allah sentisa melihata akan apa yang kamu lakukan." (Al-Baqarah; 265)

Orang-orang yang disebutkan dalam ayat ini adalah orang yang membenarkan bahawa Allah swt akan memberi pahala dan balasan kepada mereka, mereka beriman teguh dgn janji2 Allah.

"....Apabila turun hujan lebat.."

Ini kerana selalunya hujan lebat akan membawa bersamanya musibah..kebun di tanah yang tinggi akan selamat, tidak ditenggelami air. Tanahnya pula pula tidak dihanyutkan air. Air hujan yang turun bukan memudaratkan, malah lebih menyuburkan lagi tanah serta tanamannya. Bukan setakat hujan lebat, hujan yang renyai2 sahaja sudah cukup utk memberi manfaat kepada kebun di tanah yang tggi.

Begitulah bandingan orang yang membelanjakan hartanya ke jalan Allah utk mencari keredhaanNya. .dalam keadaan yang macam mana sekalipun, Allah tetap akan memberi ganjaran dan berkat kepadanya.


Keikhlasan dalam membelanjakan harta ke jalan Allah

Takwa drpd setiap mukmin lah yang menyebabkan Allah swt menerima segala kebajikan dan amalan baik yang diperbuat, bukan dinilai pd jumlah yang didermakan.. Tetapi tidak dinafikan banyak menderma lebih banyak pahala yang akan didapati insyaallah. Seorang yang menderma beribu-ribu ringgit tanpa rasa ikhlas malah utk menunjuk2 tidak mendapat apa-apa ganjaran berbanding seorg miskin yang menderma rm1 drpd rm5 yang dia ada. Namun, ini tidak wajar untuk jadikan hujah bagi menahan diri kita drpd mengeluarkan perbelanjaan yang besar ke jalan yang diredhai Allah swt. Ikhlas itu perlu dididik dan ditanam ke dalam diri, bukannya untuk kita membuat keputusan menghadkan sumbangan tersebut. Kan lebih besar nilainya, yang dihadirkan dengan ikhlas akan membuahkan lebih banyak ganjaran 700bji benih sprti yang disebutkan pada ayat al-baqarah;261 di atas.

Berkata Ibnu Abi Hatim,Saidina Umar bertemu dengan Rasulullah saw dan menyrahkan separuh drpd harta. Lalu Rasulullah saw bertanya;
"Adakah kamu tidak meninggalkan sedikitpun harta kepada kaum keluargamu, wahai Umar?"
Jawab Umar; " Saya tgglkan utk mereka sebahagian (separuh) drpd harta saya."
DAtang pula Saidina Abu Bakar menyerahkan semua hartanya kepada Rasullullah saw. Rasulullah bertanya soalan yang sama pada Saidina Abu Bakar lalu dijawabnya;
"Yang tinggal hanya janji Allah dan RasulNya."



Bisikan syaitan dalam hati manusia

"Syaitan menjanjikan kamu dgn kefakiran dan menyuruh kamu kepada kejahatan, Allah menjanjikan kamu dgn keampunan serta kelebihan drpdNya dan Allah itu Maha Luas Kurniaanya lagi Maha Mengetahui."
(al-Baqarah; 268)


Syaitan mmg sentiasa memainkan peranannya dgn membisikkan kefakiran dan kemiskinan ke dalam hati manusia spy kita merasa bakhil dgn harta benda kerana takutkan papa. Dan hanya hati yang lemah sahaja akan kalah dgn bisikan syaitan tersebut.

Hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan drpd Abdullah bin Mas'ud r.a; "Sesungguhnya bagi syaitan ada bisikan kepada anak Adam (melalui hati) dan sebagimana malaikat juga ada bisikannya yang baik dalam hati anak Adam. Adapun bisikan syaitan itu adlh memjanjikan dgn kejahatan dan spy membohongi perkara yang sebenarnya dan menjanjikan perkara yang jahat...."


Setiap kebaikan itu akan kembali kpdmu

"Apa2 yang kamu belanjakan drpd perkara yang baik, memberi sumbangan harta benda dgn tujuan & nilai yang baik dimana kebaikan itu akan kembali kepada diri kamu. Dan apa2 yang kamu belanjakan kerana mencari keredhaan Allah" (al-Baqarah 272)

Menurut Atho' Al-Kharasan, pahala membelanjakan harta kerana mencari keredhaan Allah saw ttp diperolehi walaupun harta tersebut digunakan oleh orang lain untuk melakukan kejahatan atau kemungkaran dan janganlah berdukacita dgn sebab itu.

Dalam suatu hadith yang diriwayatkan drpd Bukhari dan Muslim, Nabi saw bersabda bermaksud; "Ada seorang lelaki di zaman dahulu telah berkata,"Malam ini aku akan memberi sedekah" lalu dia keluar dgn membawa sedekahnya dan dia memberi sedekahnya kpd seseorg, tetiba sedekahnya diletakkan di tangan pelacur maka apabila dia berpagi-pagian orang ramai bercakap bhw dia telah meberi sedekah kepada pelacur.
Dia menangisi nasibnya yang telah memberi sedekah kepada pelacur, lalu dia berazam untuk keluar memberi sedekah lagi pada malam ini. Malangnya sedekahnya diletakkan di tangan orang kaya. Ia berulang buat ke3 kalinya apabila sedekahnya diletakkan ke tangan pencuri pula. Dia sgt berdukacita dgn nasib yang menimpanya.
Tetapi kemudiannya Allah mendatangkan ilhamNya dengan menyatakan bahawa sedekahnya telah diterima oleh Allah swt. "Adapun perempuan pelacur itu mudah-mudahan dgn berkat sedekah yang kamu berikan itu akan behenti drpd melacurkan dirinya, dan mudah mudahan orang kaya akan insaf dgn sedekahmu itu lalu membelanjakan harta bendanya, Dan pencuri itu mudah mudahan akan membersihkan dirinya daripada sifat mencuri."

Maksudnya,hadith ini menerangkan kepada kita bahawa kita tidak perlu berasa dukacita sekiranya sedekah kita disalah gunakan oleh penerima sedekah kerana Allah memberi pahala atas amalan sedekah kita itu. Dan kesalahan penerima sedekah itu adalah urusannya dengan Allah swt. Maka kita tidaklah perlu risau ttg ke manakah sumbangan kita dibelanjakan oleh orang yang menerima sumbangan.


(Sumber; Kuliyyah Tafsir Tuan Guru Haji Abdul Awang, Siri 6)


0 comments:

Shame on You, Yahudi Laknatullah!!!

Ahli D'Nur

Blog Archive