Selamat datang ke blog D'Nur
Zikir kepada-Nya
Zikir kepada-Nya
Adakah kita seringkali terdetik di kalbu, perasaan ingin disenangi oleh Allah? Sesungguhnya sifat manusia mudah alpa dan leka, hanya menginginkan yang zahir dan duniawi yang terungkap, perasaan ingin dikasihi manusia, sedangkan jika kemahuan untuk mendekat kepada Ilahi itu melangit, memungkinkan lahirnya hablun minannas itu lebih kukuh dan erat, kerana lahirnya keredhaan Allah pada diri kita.
Lalu seorang sahabat menjawab,
“Kami duduk berzikir kerana nikmat Islam yang dikurniakan Allah swt kepada kami.”
Jawapan yang diterima mengiyakan soalan tersebut. Lalu Rasullullah saw menerangkan kepada mereka bahawasanya tidaklah Baginda mencurigai perbuatan sekalian sahabat tersebut melainkan Allah swt membangga-banggakan mereka di hadapan para malaikat. Alangkah berbahagianya mereka kerana ibadat zikrullah itu diterima Allah dan disampaikan pujian melalui lidah Rasullullah saw sendiri ketika masih hidup di dunia. Itulah antara faedah zikir kepada Allah swt. Tidakkah kita ingin Allah berasa senang kepada kita, malah lebih daripada itu sebenarnya kita inginkan kerana kecintaan Allah kepada hamba-hamba-Nya adalah yang teragung, manakan terbanding dengan cinta manusia yang bersifat sementara.
Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bertanya kepada para sahabatnya r.a,
"Mahukah aku khabarkan kepada kamu mengenai sebaik-baik amalanmu yang amat suci di sisi ALLAH yang meninggikan darjatmu keperingkat yang tertinggi sekali, yang lebih mulia daripada menafkah emas dan perak (di jalan ALLAH), yang lebih utama daripada menghadapi musuh di tengah-tengah medan jihad, maka kamu tanggalkan lehernya atau mereka menanggalkan lehermu?
Sabdanya: "Zikrullah.”
Kehidupan di dunia yang bersifat sementara ini sewajarnya diisi dengan kelazatan nurani berzikir kepada-Nya. Di setiap desah nafas menyebut nama-Nya, ganjaran pahala laksana gunung pastinya menguntungkan kita di akhirat kelak. Hadis daripada Muaz bin Jabal r.a. bahawasanya Rasulullah saw bersabda:
"Bahawa penghuni-penghuni syuga setelah tibanya di syurga tidak akan menyesal dan tidak akan berdukacita mengenai suatu apapun kecuali masa yang telah berlalu dalam dunia tanpa zikrullah."
Bersegeralah kita berzikir pada ketika dan saat ini juga kerana masa yang diibaratkan air yang mengalir, meninggalkan kita yang tidak berusaha menakungnya dengan besarnya takungan taqwa kita terhadap-Nya. Di dunia, jadikan ia takungan ibadat, menuang iman yang bakal menghamparkan salju daripada percikan api neraka di akhirat kelak.
(Copyright reserved Aimi Rahayu AR 01062008)- FREE PALESTINE FUND RAISING CAMPAIGN
- Derita di Gaza, sumbangan diperlukan
- FITNAH WANITA
- Kad yang memikat~ =D
- D' Nur Winter Sale!!!
- Zikir kepada-Nya
- Enam Perkara Yang Dipandang Asing di Enam Tempat
- Macam-macam la Manusia nih..
- D'NUR di Bazar Ramadhan PPMC
- Hand socks on sale
- Jualan Kad Raya kembali!!!
- Burma Cyclone Nargis Appeal
- 20 Exam Tips
- Doa; Menghantar Mesej ke Langit
- At-Tariq ilal Qulub; Abbas As-Siisi -1
0 comments:
Post a Comment