Selamat datang ke blog D'Nur

~~ We care, we act ~~

D'NUR di Bazar Ramadhan PPMC

Pada Ramadhan yang lepas, ahli-ahli D'Nur telah menyertai Bazar Ramadhan yang dianjurkan oleh PPMC. Walaupun penganjuran ini agak lewat ie 28 Ramadhan, namun sambutan yang diberikan samada daripada warga Cork yang menjual dan membeli amat memberangsangkan. Kemeriahan yang dirasai membuatkan kami melupakan seketika kerinduan menjalani ibadah puasa di Malaysia. Yeah, we shud find our own happiness in our own way kan?

Gerai D'Nur telah menjual Ayam Percik, Popia Sardin, Kuih Sagu, Dadih dan Kad Raya. D'Nur turut bergabung dgn Kak Ros yang menjual Nasi Ayam Super Sedap.


Bagi membantu CorkMosque juga, D'Nur turut menjual beberapa CD Movie dan PC Games yang disedekahkan oleh warga Cork.



Dalam berniaga nih, pastilah kita mempunyai saingan. Maka, rivals yang turut menyertai Bazar Ramadhan PPMC ini adalah warga 1st year, KUC, MSM, Keluarga Fairuz dan K Asma', warga Carriglea, ahli-ahli B&B Laburnum, Kak Azraa dan tidak dilupakan PPMC sendiri. Ada sesiapa lagi yang tertinggal?

Bermacam makanan yang dijual; Mee Bandung, Roti John, Popia, Samosa, Pengat Pisang, Macaroni Cheese, Nasi Lemak, Cendol dll. Saya sendiri tidak sempat mendatangi semua gerai memandangkan terlalu sibuk melayan customer di Gerai D'Nur. (hehe..bajet cam ramai pembeli laa tuh :P)



Dan alhamdulillah semua jualan terutamanya makanan habis direbut pembeli menjelang pkl 7pm. Semua makanan juga habis. Agaknya semua warga Cork pun lapar dan terliur dengan makanan yang banyak terhidang. Lagipun tidak banyak effort yang diperlukan untuk merasai semua makanan ni. Hanya sedikit kalori @ tenaga untuk membawa tangan menyeluk poket @ dompet bagi mendapatkan duit..biiznillah. :D Nampaknya hampir majoriti warga Cork mencapai kegembiraan ketika berbuka pada hari tersebut.

Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezkikan kepadamu, dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya. (QS. 5:88)

Kami warga D'Nur bersyukur atas kemurahan rezeki yang diberikan Allah kepada kami. Ternyata Bazar Ramadhan yang dianjurkan bagi mendapatkan dana bagi Corkmosque dan memeriahkan bulan Ibadah Ramadhan mencapai matlamatnya. Warga Penjual bukan sahaja berbuat ibadat dengan menyediakan makanan yang baik dan halal kepada manusia, malah ramai juga di kalangan pembeli yang mencuri peluang ini untuk membeli dan menghadiahkan makanan kepada sahabat masing-masing. Terima kasih kepada sesiapa yang bermurah hati bersedekah kepada kami. :D

548. Dari Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma bahwasanya ada seorang lelaki yang bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: "Manakah di dalam Islam itu amalan yang terbaik?" Beliau s.a.w. bersabda: "Engkau memberikan makanan serta mengucapkan salam kepada orang yang engkau ketahui dan orang yang tidak engkau ketahui." (Muttafaq 'alaih)

Tak payah tulis banyak, lets the photo speak about it..


Nasi Ayam Kak Ros dah habis, D'Nur punya barang banyak lagi


"banyak jugak duit kita nih aimi..kayo D'Nur ni!hehe"

"posing jap..barang jualan pun dah abis"

ada yang datang membeli, ada yang menjual, dan ada juga yang suka bergambar!

baju-baju pun ade


"Kak Saadah,meh laa belanja saya roti john," kata Wanie
Hanis,"pesal kak saadah kena belanja kau plak, aku nih camne?"
Saadah bermonolog, "aku tak yah belanja 2-2 laa.senang citer"



N the last,D'Nur members wif Anida, Mihah and Iliana (d boss for Bazar Ramadhan :D)



Semoga berjumpa lagi pada Bazar akan datang~~

We care, we act.

0 comments:

Shame on You, Yahudi Laknatullah!!!

Ahli D'Nur

Blog Archive