Selamat datang ke blog D'Nur

~~ We care, we act ~~

Isi-isi penting Buku Jundullah Jihad Fi Sabilillah

JUNDULLAH JIHAD FI SABILILLAH (karangan Sa’id Hawwa) - SIRI 1

Mukadimah

  • 1. Jihad tidak dapat dilakukan oleh orang-orang yang takut pada cercaan manusia kerana secara lumrahnya, orang-orang yang ingin melakukan jihad pasti mendapat tentangan daripada orang-orang yang tidak inginkan kemenangan Islam.
  • 2. Jihad ini terdapat dalam bentuk tenaga dan kebendaan dan dimanifestasikan melalui tangan,lidah & hartanya. Setiap orang mu’min dituntut untuk berjihad di jalan Allah dengan diri dan harta yang mereka miliki.
  • 3. Siapakah orang yang tega untuk terus melakukan jihad? Mereka adalah orang yang tidak hiraukan celaan, berjuang kerana Allah swt dan di jalan Allah swt. Mereka akan tetap terus berjihad sehingga mereka gugur.

"Di antara orang-orang mu’min itu ada orang-orang yang menepati apa yang mereka janjikan kepada Allah, maka ada di antara mereka yang gugur. Dan di antara mereka ada pula yang menunggu-nunggu, dan mereka sedikitpun tidak merubah janjinya.” (al-Ahzab;23)

“Mereka berjihad di jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela” (al-Maidah;54)

  • 4. Bagi mereka yang nak berjihad, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah bebaskan diri daripada kecintaan dunia dan hendaklah mempunyai ilmu.

Al-Bazar meriwayatkan dari Muaz bin Jabal r.a bahawa Rasulullah saw bersabda, maksudnya;

“Sesungguhnya kamu akan tetap berada di jalan yang sebenar dari Tuhan kamu selagi tak timbul di kalangan kamu 2 perkara mabuk iaitu kejahilan & sayangkan hidup. Kamu akan terus menyuruh yang maaruf dan melarang yang munkar serta terus berjihad di jalan Allah..”

Rasulullah menyambung lagi dalam hadith tersebut, bahawa apabila perasaan kasihkan dunia ini mula timbul, manusia tidak lagi akan menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah daripada munkar dan berjihad di jalan Allah. Pada ketika itu, kedudukan orang yang memperkatakan ttg kitab dan sunnah akan dianggap sebagai orang yang asing sebagaimana generasi pertama Islam dahulu.

‘Adiy bin Hatim: “Maaruf yang dikenali skrg adlh munkar pada zaman dahulu. Munkar pada zaman skrg, dikenali sbgi maaruf pd masa yang akan datang..melainkan kamu tahu perkara yang kamu ingkari..ada seorang alim yang memperkatakan sesuatu dengan jelas dan dia dihormati”

Dengan itu, dapatlah disimpulkan bahawa bagi memastikan cita-cita jihad tercapai, seseorang itu perlulah mempunyai ilmu pengetahuan, zuhud terhadap kecintaan dunia dan kesediaan utk mati di jalan Allah swt.

Pentingnya ilmu pengetahuan ini sehingga Rasulullah saw bersabda yang maksudnya; “Orang yang paling alim adlh orang yang dapat melihat kebenaran ketika manusia bertikai tentangnya biarpun ia kurang amalan atau bergerak secara mengesot”

  • 5. Suatu tanggapan yang salah apabila seorang muslim itu merasakan kita tidak perlu berjihad dengan alasan Allah swt pasti akan menolong agamaNya dan memastikan Islam akan terus terpelihara.

Memang benar bahawa satu-satunya agama yang diperakui oleh Allah adalah Islam. Malah memang tidak diragui lagi Allah boleh untuk memenangkan Islam serta memastikan kegemilangannya. Tetapi, Allah swt ingin menguji kita semua samada kita sbgi makhluk ciptaanNya sanggup atau tidak untuk berjihad; boleh bersabar atau tidak dalam menyebarkan seruan Islam dan sebagainya.

“Demikianlah, apabila Allah mengkehendaki nescaya Allah akan membinasakan mereka, tetapi Allah hendak menguji sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain” (surah Muhammad;4)

“Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu” (surah Muhammad;31)

Sesungguhnya amar maaruf wa nahi munkar itu adalah wajib ke atas setiap manusia yang berikrar dengan kalimah syahadah. Barangsiapa yang meninggalkan tuntutan ini, mereka berada dalam keadaan yang berdosa dan berhak dikenakan seksaan oleh Allah swt.

Ada juga sesetengah pihak yang beranggapan bahawa mereka tidak perlu memperbaiki orang lain sekiranya mereka sudah memperbaiki diri mereka sendiri dengan berhujah pada ayat di bawah;

“Hai orang-orang yang beriman, jagalah diri kamu sendiri dan tiadalah membahayakan kepadamu orang yang telah sesat, bila kamu telah mendapat petunjuk.” (al-Maidah; 105)

Tanggapan itu adalah salah kerana ayat tersebut bukanlah melarang kita daripada melakukan kewajipan amar maaruf nahi munkar tetapi menceritakan perbuatan orang-orang yang sesat tidak akan sesekali membabitkan kita di sisi Allah swt kerana setiap individu bertanggungjawab atas diri masing-masing.

Malah dalam situasi di mana sebahagian daripada suatu kaum membiarkan sahaja kemungkaran dilakukan oleh sebahagian daripada mereka yang lain tanpa mengubah atau mengingkarinya, sesungguhnya seluruh kaum itu berhak untuk dikenakan siksa oleh Allah swt. Ini dibuktikan dengan sabda Rasulullah saw;

“Sesungguhnya apabila manusia melihat kemungkaran, dan mereka tidak mengubahnya adalah dibimbangkan yang Allah swt akan menyiksa mereka semua.”

  • 6. Jihad dalam hati adalah martabat keimanan yang terendah dan paling lemah. Suatu hadith yang diketahui umum bagi menjelaskan perkara ini adalah; “Sesiapa di antara kamu melihat sesuatu yang munkar hendaklah ia mengubahnya dengan tangan, sekiranya tidak mampu, hendaklah ia mengubah dengan lidahnya, dan jika dia tidak mampu, hendaklah diubah dengan hatinya. Dan sesungguhnya itu adalah selemah-lemahnya iman.”

Menurut ahli-ahli fiqh Mazhab Hanafi; “diam diri drpd bida’ah dan perkara munkar bermakna ia redha kalau dia berupaya untuk mengubahnya”

Dalam melaksanakan amar maaruf nahi munkar, umat Islam mempunyai 2 pilihan iaitu samada mengambil rukhsah atau azimah. Tetapi haruslah difahami, dalam konteks yang bagaimanakah kita perlu mengambil azimah, dan bila pula kita dibolehkan mengambil rukhsah.

Dalam menentang orang kafir, dibolehkan untuk berjuang keseorangan walaupun tahu dirinya diancam bahaya dn mungkin dibunuh. Ini dilakukan oleh para sahabat dalam Perang Uhud dan tindakan mereka dipuji oleh Rasulullah saw. Tetapi sekiranya seseorg itu mengetahui bahawa penentangan yang dilakukan tidak akan dapat sekali-kali mengubah mereka (orang kafir), maka dia tidak boleh berjuang keseorangan kerana perbuatan tersebut tidak mendatangkan sebarang kemuliaan kepada agama Islam.

Walaubagaimanapun, berbeza pula keadaannya jika kita berhadapan dengan orang Islam yang melakukan kemungkaran. Sekiranya diketahui bahawa orang-orang Islam fasiq tersebut tidak akan berubah malah mungkin membunuhnya sekiranya dia melarang, dia dibolehkan untuk bertindak. Ini kerana orang fasiq tersebut telah mengetahui dan mempercayai ttg tuntutan Islam. Maka sedikit sebanyak penentangan yang diberikan akan mnjadi peringatan dan memberi kesan kepada hati mereka.

(pengajaran; kena bijak bertindak dalam berhadapan dengan musuh)

Secara ringkasnya, kewajipan amar maaruf nahi munkar itu akan gugur dalam 2 keadaan;

  • 1. diketahui dengan yakin dan pasti bahawa tindakannya tidak akan membawa sebarang perubahan.
  • 2. tindakannya pasti akan mengundang bahaya seperti dipukul shgga cedera teruk, rumahnya dibakar, hartanya dirampas etc. Cacian, cercaan dan kata-kata nista tidaklah tergolong sebagai bahaya kerana tuntutan amar maaruf nahi munkar tentulah takkan tertegak selama-lamanya sekiranya perkara-perkara tersebut menggugurkan tuntutannya.

Walaupun begitu, apabila kewajipan itu gugur, galakan (istihbab) masih tetap kekal.

  • 7. Jihad dalam hati ialah menolak sebarang bentuk maksiat kepada Allah sepanjang masa dan tempat samada dia nampak ataupun tidak. Dalam suatu hadith, dinyatakan sesorang yang menyaksikan kemungkaran, tetapi hatinya menentang dan benci pada perkara tersebut, maka dia seperti golongan yang tidak menyaksikan. Tetapi orang yang tidak menyaksikan, tetapi hatinya membenarkan atau meredhainya, maka kedudukannya sama seperti orang yang menyaksikan.

Dalam hadith lain, Rasulullah saw bersabda; “Fitnah datang bertubi-tubi menimpa hati, mana-mana hati yang menerima @ redha, ia meninggalkan satu titik hitam. Mana-mana hati yang mengingkarinya, ia akan meninggalkan satu titik putih sehingga dua hati tersebut satunya menjadi putih seperti batu licin (safa) yang tidak termakan fitnah selagi ada langit dan bumi dan satu lagi menjadi hitam seperti bahagian bawah kuali besi. Hati hitam ini tidak mengenal kebaikan dan tidak mengengkari kemungkaran, ia hanya ikut nafsunya.” (riwayat Muslim dari Huzaifah)

  • 8. Jenis-jenis jihad:
  • a. jihad lisan
  • b. jihad pengajaran
  • c. jihad tangan dan diri
  • d. jihad politik
  • e. jihad harta

Rasulullah saw bersabda maksudnya; “Berjihadlah kamu ke atas orang musyrikin dengan harta, diri, dan lidah kamu”. (riwayat Abu Daud, Ahmad, Nasai)

Sabda Rasulullah saw lagi; “Sebaik-baik jihad adalah memeperkatakan perkara yang benar di hadapan penguasa yang zalim.” (diriwayatkan dari Abu Dawud dan Ibnu Majah)

“Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mu’min itu pergi kesemuanya ke medan perang, Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa org utk memperdalam pengetahuan mrk ttg agama dan utk memberi peringatan kpd kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, spy mereka itu dapat menjaga dirinya.” (Al-Taubah;122)

Jihad yang dilakukan dalam Negara Islam diberi nama amar bil maaruf wa nahyu ‘anil munkar. Manakala yang berlaku diluar Negara Islam disebut jihad.

(Siri 2 dan seterusnya akan mengupas satu demi satu jenis jihad yang dinyatakan dalam buku ini.)

0 comments:

Shame on You, Yahudi Laknatullah!!!

Ahli D'Nur

Blog Archive