Selamat datang ke blog D'Nur

~~ We care, we act ~~

Doa; Menghantar Mesej ke Langit

Bismillahirahmanirahim.

Tazkirah Online ini dianjurkan oleh Biro Tarbiyyah & Kerohanian PPMC dan disampaikan oleh Ustaz Tuan Badrul Hisham Tuan Soh, al-hafiz yang sedang menuntut di Umm alQura University, Makkah al-Mukaramah.

Pada awalnya, Ustaz menyatakan dia ini adalah pertama kali beliau memberikan tazkirah melalui medium online..walaupun merasakan bahawa ada yang lebih berhak dan layak untuk memberikan pengisian, tetapi ustaz menerima jemputan ini atas 3 dasar;

1. "Maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat kepada orang-orang yang beriman" (al-dzariyaat;55)


2. "innamal mukminuuna ikhwah" (al-hujuraat;10) yang bermaksud sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara. Walau kita berada di ceruk yang mana pun, kita tetap berhubungan kerana kita semua diikat dengan ikatan akidah yang satu. Dan sementelah kita semua bersaudara, ada adab-adab muamalat yang perlu dipatuhi dan diikuti. Kita perlulah menjaga ukhuwah sesama kita.

3. Setiap muslim itu mempunyai hak ke atas muslim yang lain. Dalam riwayat hadith, disebutkan hak seorg muslim ke atas muslim yang lain ada 6, ada juga yang mengatakan 5 malah 4.

"Hak seorang Muslim terhadap orang Muslim lainnya itu ada enam perkara, yaitu jikalau engkau bertemu dengannya, maka berilah salam kepadanya, jikalau ia mengundangmu, maka kabulkanlah undangannya, jikalau ia meminta nasihat kepadamu, maka berilah ia nasihat, jikalau ia bersin kemudian mengucapkan Alhamdulillah, maka tasymitkanlah ia, jikalau ia sakit, tinjaulah ia dan jikalau ia meninggal dunia, maka ikutilah jenazahnya." (Riwayat Muslim)

Dalam kitab-kitab hadith, syarah hadith, banyak hadith yang menyentuh ttg hak-hak seorang muslim kepada muslim yang lain dan sekiranya dikumpulkan kesemuanya, hak tersebut melebihi daripada 4, 5 @ 6.

Kisah seorang sahabat yang sangat shadid dalam beribadat sehingga meninggalkan semua urusan keduniaan lain ditegur oleh sahabatnya yang lain, yang kemudiaanya diiyakan oleh Rasulullah saw;

Dari Abu Juhaifah yaitu Wahab bin Abdullah r.a., katanya: "Nabi s.a.w.mempersaudarakan antara Salman dan Abuddarda' -maksudnya keduanya disuruh berjanji untuk berlaku sebagai saudara." Salman pada suatu ketika berziarah ke Abuddarda', ia melihat Ummud Darda' - isteri Abuddarda' - mengenakan pakaian yang serba kusut yakni tidak berhias sama sekali.
Salman bertanya padanya: "Mengapa saudari berkeadaan sedemikian ini?"
Wanita itu menjawab: "Saudaramu yaitu Abuddarda' itu sudah tidak ada hajatnya lagi pada keduniaan - maksudnya: Sudah meninggalkan keduniaan, baik terhadap wanita atau lain-lain."
Abuddarda' lalu datang, kemudian ia membuatkan makanan untuk Salman. Setelah selesai Abuddarda' berkata kepada Salman: "Makanlah, karena saya berpuasa."
Salman menjawab: "Saya tidak akan suka makan, sehingga engkaupun suka pula makan." Abuddarda' lalu makan.
Setelah malam tiba, Abuddarda' mulai bangun. Salman berkata kepadanya: Tidurlah!" Ia tidur lagi. Tidak lama kemudian bangun lagi dan Salman berkata pula: Tidurlah!" Kemudian setelah tiba Akhir malam, Salman lalu berkata pada Abuddarda': Bangunlah sekarang!" Keduanya terus bersembahyang. Selanjutnya Salman lalu berkata: Sesungguhnya untuk Tuhanmu itu ada hak atas dirimu, untuk dirimu sendiri juga ada hak atasmu, untuk keluargamupun ada hak atasmu. Maka berikanlah kepada setiap yang berhak itu akan haknya masing-masing."

Abuddarda' - paginya - mendatangi Nabi s.a.w. kemudian menyebutkan peristiwa semalam itu, lalu Nabi s.a.w. bersabda: "Salman benar ucapannya." (Riwayat Bukhari)
.

Tajuk tazkirah: Doa Menghantar Mesej ke Langit

Menyentuh tentang tajuk pula, Doa; Menghantar Mesej ke Langit, ustaz ada menjelaskan sedikit sebanyak ttg kedudukan Allah dan perbahasan yang wujud dalam perkara ini.

Dikisahkan di zaman Rasulullah saw, seorang hamba perempuan ditanya, 'di manakah Allah?'. Maka, hamba ini menudingkan jarinya ke atas (ke langit). Rasulullah saw terdiam seketika dan menyatakan, hamba ini seorang yang beriman.
Kalau kita ingin menghantar mesej ke langit, kita memerlukan perantaraan/ medium yang boleh digunakan. Contohnya, sekiranya kita ingin menghantar mesej kepada sahabat kita di Malaysia, maka kita pertimbangkan medium-medium yang ada yakni post, yahoo messenger, telefon, atau melalui sahabat yang lain. Ini disebut sebagai tawassul (medium/ penghubung/ perantara)


"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan (wasilah) yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan." (al-Maidah;35)



Kenapa kita perlu berdoa?


Manusia terutamanya Umat Islam perlu berdoa kerana setiap kita memerlukan kepada Allah swt. Kita meyakini bahawa Allah swt adalah Khaliq kita Yang Maha Berkuasa, maka kita perlulah berharap dan meminta hanya kepadaNya.



Allah swt itu sifatNya Maha Kaya dan Maha Terpuji. Allah swt mampu memberikan segala-galanya @ apa-apa sahaja kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Sifat Allah juga ar-Rahman wa ar-Rahim. Pemurahnya Allah tidak hanya kepada umat Islam, tetapi juga kepada makhluknya yang lain. Jadi, pemurah dan penyayangnya Allah dihubungkan dengan sikap hambanya yang berkeinginan dan meminta.



وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِي إِذَا دَعَانِ




“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. (Surah al-Baqarah, ayat 186)



Dalam ayat ini, Allah swt telah berjanji kepada semua makhlukNya bahawa Dia akan menunaikan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa.
.
.


Doaku tidak dikabulkan


.
Namun, mengapa doaku tidak dikabulkan? Mengapa ada permintaan yang tidak menjadi kenyataan? Inilah persoalannya. Jadi, janganlah kita lupa untuk melihat kepada sambungan ayat di atas;

.

فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ





Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.”

.


.


Owh, rupanya ada syarat yang Allah tetapkan untuk Dia mengabulkan permintaan/doa kita. Apakah itu? Sahutlah seruanKu dan hendaklah beriman kepadaKu. Inilah janji Allah swt kepada kita. 2 syarat ini perlu dipenuhi sebelum Allah swt menepati janjiNya.


.


Mengikut hukum/ilmu nahu, penggunaan huruf 'fa' dan 'lam' secara serentak menunjukkan 2 perkara ini seolah-olah wajib atau mesti. Jadi, ditafsirkan bahawa tanpa wujudkan 2 perkara ini, maka pernyataan Allah untuk mengabulkan permintaan orang-orang yang berdoa tidak semestinya dipenuhi.


.


Yakinlah wahai umat Islam sekalian, Allah swt tidak sekali-kali memungkiri janjiNya. Allah sentiasa berpegang pada janjinya..dan sekiranya perjanjian antara manusia & Allah tidak berjaya, sedarlah bahawa manusia lah puncanya. Kesilapannya pada diri kita sendiri..bukan pada Pencipta kita.


.


Apa silap kita? Dengan tidak menyahut seruan Allah dan tidak beriman kepadaNya. Perkara kemungkaran, kemaksiatan semuanya menjadi hijab untuk Allah swt menunaikan permintaan makhlukNya ini.


.


Ustaz turut menceritakan suatu kisah yang berlaku di zaman pemerintahan Saidina Umar al-Khatab dan pasukan tentera Islam yang mana dapat disimpulkan amalan peribadi kita dinilai oleh Allah swt. Amalan-amalan ini menjadi nilaian di mata Allah dalam mempertimbangkan pemberianNya. Baik buruknya amalan tersebut memberi impak kepada perjanjian kita dengan Allah swt.


.

Adab-adab berdoa

.


Ustaz tidak mengulas lanjut perkara ini kerana secara umumnya ramai telah mengetahuinya. Antaranya adalah;


.


1. Mencari-cari waktu yang mustajab seperti semasa sujud, waktu azan dan sahur


.


2. Memulai doa dengan wuduk dan solat.


.


3. Mengadap kiblat, mengangkat kedua-dua tangan dan memulai dengan istigfar dan taubat.


.


4. Memulakan dengan puji-pujian kepada Allah dan selawat ke atas nabi saw. Juga hendaklah memohon dengan nama-nama Allah yang mulia (asma’ husna) dan menjadikan selawat kepada nabi saw penutup bagi doa tersebut di samping turut berselawat dipertengahan doa.


.


Tips agar doa dimakbulkan


.


Allah Yang Maha Esa berkuasa melihat kepada sesiapa yang dikehendakiNya..Dia berhak mendengar kepada sesiapa yang dikehendakiNya juga. Maka, kita perlu berusaha menarik perhatian dan mengambil hati Allah agar Dia melihat dan memperkenankan permintaan kita.


.


Pertamanya, kita perlulah mencari tawassul/perantara/medium untuk kita berhubungan dengan Allah. Dan kita perlu tahu jenis-jenis tawassul yang dibenarkan dan dilarang.

Contoh tawassul yang dilarang adalah memohon doa kepada orang di dalam kubur..yakni yang telah meninggal. Perbuatan ini dikategorikan sebagai khurafat malah boleh jatuh syirik.



Ada 3 perkara yang membolehkan Allah memberikan perhatianNya kepada kita;


.


1. bertawassul dengan menggunakan asma' ul-husna & sifat-sifat Allah swt.
Hanya milik Allah asmaulhusna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaaulhusna itu (al-A'raaf;180)
Dalam berdoa, seeloknya kita menggunakan nama Allah dan sifat Allah swt yang selari dgn apa yang kita nak minta. Contohnya sekiranya kita nak Allah swt ampunkan dosa kita, gunakan Yang Maha Pengampun..Yang Maha Penerima Taubat; bukannya Yang Maha Keras, Ya Jabbar etc.

2. bertawassul dengan amal-amal soleh.

Kita disunnahkan bertawassul dengan amal perbuatan kita sendiri yang shalih,agar kesulitan itu segera lenyap dan diganti dengan kelapangan oleh Allah Ta'ala. Bertawassul dengan cara seperti ini tidak ada seorang ulamapun yangtidak membolehkan. Jadi beliau-beliau itu sependapat tentang bolehnya.

Ini disokong oleh kisah 3 orang pemuda yang terperangkap di dalam satu gua. Mereka berkata bahawa tiada yang dapat menyelamatkan mereka melainkan mereka berdoa kepada Allah dengan amal-amal soleh yang telah mereka kerjakan.

Pemuda pertama berkata: Ya Allah. Saya mempunyai dua orang tua yang sudah tua-tua serta lanjut usianya dan saya tidak pernah memberi minum kepada siapapun sebelum keduanya itu, baik kepada keluarga ataupun hamba sahaya. Kemudian pada suatu hari amat jauhlah saya mencari kayu - yang dimaksud daun-daunan untuk makanan ternak. Saya belum lagi pulang pada kedua orang tua itu sampai mereka tertidur. Selanjutnya sayapun terus memerah minuman untuk keduanya itu dan keduanya saya temui telah tidur.
Saya enggan untuk membangunkan mereka ataupun memberikan minuman kepada seseorang sebelum keduanya, baik pada keluarga atau hamba sahaya. Seterusnya saya tetap dalam keadaan menantikan mereka bangun dan gelas itu tetap pula di tangan saya, sehingga fajarpun menyingsing. Anak-anak kecil sama menangis kerana kelaparan dan mereka ini ada di dekat kedua kaki saya. Setelah keduanya bangun lalu mereka minum minumannya. Ya Allah, jikalau saya mengerjakan yang sedemikian itu dengan niat benar-benar mengharapkan keridhaanMu, maka lapanglah kesukaran yang sedang kita hadapi dari batu besar yang menutup ini." Batu besar itu tiba-tiba membuka sedikit, tetapi mereka belum lagi dapat keluar dari gua
.

Yang lain berkata: "Ya Allah, sesungguhnya saya mempunyai seorang sepupu wanita yang merupakan orang yang tercinta bagiku dari sekalian manusia. Kemudian saya menginginkan dirinya, tetapi ia menolak kehendakku itu, sehingga pada suatu tahun ia memperoleh kesukaran. Lalu, diapun mendatangi tempatku, lalu saya memberikan seratus duapuluh dinar padanya dengan syarat ia suka meniduriku. Ia berjanji sedemikian itu. Setelah saya dapat menguasai dirinya - dalam sebuah riwayat lain disebutkan: Setelah saya dapat duduk di antara kedua kakinya, sepupuku itu lalu berkata: "Takutlah engkau pada Allah ..." Sayapun meninggalkannya, sedangkan ia adalah yang amat tercinta bagiku dari seluruh manusia dan emas yang saya berikan itu saya biarkan dimilikinya. Ya Allah, jikalau saya mengerjakan yang sedemikian dengan niat untuk mengharapkan keridhaanMu, maka lapangkanlah kesukaran yang sedang kita hadapi ini." Batu besar itu kemudian membuka lagi, hanya saja mereka masih juga belum dapat keluar dari dalamnya.


Orang yang ketiga lalu berkata: "Ya Allah, saya mengupah beberapa kaum buruh dan semuanya telah kuberikan upahnya masing-masing, kecuali seorang lelaki. Ia meninggalkan upahnya dan terus pergi. Upahnya itu saya perkembangkan sehingga bertambah banyaklah hartanya tadi. Sesudah beberapa waktu, pada suatu hari ia mendatangi saya, kemudian berkata: Hai hamba Allah, tunaikanlah sekarang upahku yang dulu itu. Saya berkata: Semua yang engkau lihat ini adalah berasal dari hasil upahmu itu, baik yang berupa unta, lembu dan kambing dan juga hamba sahaya. Ia berkata: Hai hamba Allah, janganlah engkau memperolok-olokkan aku. Saya menjawab: Saya tidak memperolok-olokkan engkau. Kemudian orang itupun mengambil segala yang dimilikinya. Semua digiring dan tidak seekorpun yang ditinggalkan. Ya Allah, jikalau saya mengerjakan yang sedemikian ini dengan niat mengharapkan keridhaanMu, maka lapangkanlah kita dari kesukaran yang sedang kita hadapi ini." Batu besar itu lalu membuka lagi dan merekapun keluar dari gua itu. (Muttafaq 'alaih)



3. berdoa dengan nama orang soleh yang hidup
Ini sebagaimana yang dilakukan oleh Saidina Umar al-Khattab yang bertawassul kepada Saiyidina Abbas agar segera diturunkan hujan. Ulama; semuanya bersepakat dibolehkan bertawassul dengan orang saleh yang masih hidup. Dan diperselisihkan adalah kita bertawassul dengan orang-orang salih yang sudah wafat kerana orang yang telah wafat tiada manfaatnya lagi kepada yang hidup. Maka, bagaimanakah ia mahu memohon doa untuk kita?

Perlulah diingat, bahawa bukan orang-orang soleh yang dimohoni, tetapi Allah Taala jua. Orang-orang Soleh itu hanya diminta utk ikut membantu mendoakan.



3 Golongan Doanya Dimakbulkan




1. orang yang dizalimi


2. orang yang bermusafir. Sebagai pelajar yang meninggalkan tanah air, ahli keluarga untuk menuntut ilmu di sini, kita sepatutnya mengambil peluang yang tersedia utk memohon kepada Allah swt atas apa yang dihajati.


3. ibubapa. Hendaklah kita anak-anak berlaku baik terhadap ibubapa dan mohon lah ibubapa untuk sentiasa mendoakan kebaikan dan kerahmatan kita semua. Mintalah kepada ibubapa untuk menyebutkan nama kita dalam doa-doa munafat mereka kepada Allah.


Penutup

Semoga semua pembaca, sahabat sahabiah sekalian dapat memahami dengan lebih baik tentang konsep tawassul. Kita telah selalu mendengar adab-adab berdoa..dan hari ini kita turut dihidangkan dengan tips2 bagi menarik perhatian Allah agar memandang doa kita. Sebagaimana kita bersungguh memastikan kita berjaya membuat interviewer impressed, begitu jugalah kita perlu bersungguh agar Allah memandang kita. Dalam seluruh makhluk ciptaan Allah di langit dan di bumi, kita mahu Allah swt bersifat Pemurah dan Penyayang kepada kita..ia suatu cabaran..suatu competititon..untuk kita mengejar segala yang terbaik drpd Allah. Jadi, chaiyok!! berusahalah.. Dan Ingatlah, Allah swt itu tidak pernah memungkiri janji. Jika ia memang berlaku padamu, lihatlah apa salahmu..bukannya menuding jari menyalahkan ketidakadilan Allah. Ianya salahmu, bukan kekurangan Allah. Lagi pula, Allah itu Maha Adil. Benarkan? wallahua'lam~~


"Ya Allah Yang Maha Pemurah, Ya Fatah Ya 'Alim..Kau kurniakan kami kefahaman Nabi-Nabi, Ingatan Para Rasul, dan Ilham Malaikat yang dekat padaMU.. Kau lapangkan dada kami dalam menuntut ilmu, Kau berikan nur dihati kami dalam mengikut mutiara ilmuMu, dan Kau bukakan jalan untuk kami menempa kejayaan dalam setiap urusan kami di dunia mahupun di akhirat. Yang Maha Perkenankan Pinta, perkenankanlah permintaan kami. Amin Ya Rabbal 'alaminn."

We care, we act.

At-Tariq ilal Qulub; Abbas As-Siisi -1

At-Thoriq ilal Qulub (Jalan menuju Hati) karangan Abbas As-Siisi

Daie yang membuka hatinya untuk hampir kepada Allah swt pasti akan diberikan kemudahan untuk mendekati hati mad'u yang membuka hatinya untuk mendekati Allah swt jua. Maksudnya; prosesnya akan lebih mudah/efektif sekiranya 2-2 pihak membuka hati mereka. Contohnya; macam bluetooth. 2-2 telefon kena on 'bluetooth' application untuk menghantar atau menerima sebarang informasi. Telefon A akan searching for bluetooth signal from telefon B. Maka, begitu juga hubungan hati daie & mad'u.
Bagaimana Memulakan Perkenalan
1. Sentiasa membawa alat @ perkakas yang boleh dijadikan medium untuk memulakan perkenalan. Contohnya; al-Quran, telefon,laptop, surat khabar
Di negara Arab, mereka telah dididik dengan membawa naskhah al-Quran ke mana-mana sahaja. Jadi, ketika berada di dalam bas atau di mana-mana sahaja, boleh kita meminjamkan al-Quran kita kepada orang sekeliling @ kita minta orang yg berada berhampiran kita memeriksa bacaan ayat hafazan kita. Jadi, secara tidak langsung, kita telah meruntuhkan tembok kebisuan dengan orang yg tidak dikenali.
Malah, sekiranya kita bermusafir dalam suatu perjalanan yang panjang, bekalan makanan juga boleh menjadi medium untuk kita meluaskan perkenalan. Saling berkongsi makanan pastinya menjadi suatu cara yang amat berkesan untuk mengikat hati-hati orang di sekeliling kita.
2. Berusaha untuk kenal atau tahu nama orang-orang di sekeliling kita.
Dalam buku ini, Sheikh Abbas banyak mengenengahkan pengalaman-pengalaman beliau ketika menjalankan misi dakwah. Beliau menggunakan pelbagai cara untuk memecahkan kebisuan @ memulakan perkenalan dengan orang yang tidak dikenali.
Beliau pernah duduk di sebelah seorg yg berkulit putih, lalu beliau bertanya; "Adakah kamu berasal dari Sudan (sedangkan Sudan rata2 penduduknya berkulit hitam)"
Orang tersebut memandang beliau dengan pelik dan sebelum dia berkata-kata, beliau terus menyambung; "Janganlah tuan marah..kerana sebelum ini saya pernah berjumpa dengan orang berkulit putih dari Sudan. Jadi, tuan ni dari negara mana?" Maka, setelah itu Syeikh Abbas terus memulakan perkenalan dan perbualan.
Beliau malah pernah sengaja memijak kaki orang yang tidak dikenali untuk mencari sebab bagi memulakan perkenalan. :)
Mengetahui nama mad'u tersebut bukanlah suatu kemestian, tetapi yang lebih penting adalah bahan perbualan kita mestilah berkisar tentang dakwah islamiyah.
Setelah pertemuan pertama telah diwujudkan, maka daie perlu membuat follow-up..kena terus membina perhubungan dengan mad'u tersebut dgn bertanya khabar etc.
Syeikh Hassan al-Banna dikatakan seorang yang cukup kuat daya ingatan dalam mengingati nama orang walaupun baru terjumpa sebanyak satu kali di tepi kali lima jalan (terserempak).
Mengingati nama mad'u-mad'u mempunyai kelebihan yang banyak kerana daie telah sekurang-kurangnya menarik perhatian dan kepercayaan mad'u. Mad'u pasti akan terasa dihargai kerana orang yang tidak mempunyai hubungan yang kukuh, berjumpa hanya sekali tetapi mampu mengingati nama mereka. Apatah lagi sekiranya nama penuh diingati, berserta maklumat tempat asal, pekerjaan dan sebagainya. It shows that we value them as we remember all of his/her details...kind of they are significant to us.
3. Kena pandai mencari peluang untuk mendekati manusia melalui pelbagai cara di mana-mana sahaja.
Sheikh Abbas menceritakan pengalamannya semasa ingin memberikan pengisian di markas Ikhwanul Muslimin di pinggiran kota Iskandariah. Sebaik turun dari bas, beliau melihat beberapa orang pemuda turut turun bersama beliau. Lalu, beliau meminta pertolongan pemuda2 tersebut untuk menghantarnya ke markas tersebut yang terletak 1km jauhnya walaupun sebenarnya beliau sendiri tahu cara utk ke sana. Jadi, sepanjang perjalanan itu, beliau berbicara ttg dakwah islami dan turut mempromosikan aktiviti yang bakal dibuat di markas IM itu. Sebaik tiba di tempat tujuan, bbrp orang pemuda turut bersama beliau untuk mengikuti aktiviti.
Jadi, kita perlu menjadi seorang yang kreatif untuk mendekati lebih ramai orang dan menyebarkan fikrah Islami kita.
(Kesimpulan awal, setiap umat Islam perlu ada kemahuan dan usaha untuk menyebarkan dakwah islamiyyah. Bila adanya kemahuan dan usaha, maka jalan untuk menuju ke arah penyampaian dakwah akan lebih mudah dan terbuka.
Bagi saya, buku ini amat menarik kerana Sheikh Abbas tidak melambakkan teori semata-mata tapi disertakan dengan cerita-cerita pengalaman beliau yang ringan.)

We care, we act.

Tak Kenal Maka Tak Cinta



Kalau Tuhan, kita kenali, Kasih sayang dan perananNya,
Kalo Tuhan, kita fahami, Keagungan dan kekuasaanNya,
Kalau Tuhan, kita rasakan, Betapa Dia sangat cintakan hambaNya
Kita akan sanggup berjuang, Sanggup mati keranaNya,
Kita akan sanggup berkorban, Apa sahaja keranaNya (ulang 2kali)

~~~Kalau Tuhan dikenali~~~

**Cintailah Tuhan,Dialah segalanya
Korbankanlah apa sahaja keranaNya
Cintakan Tuhan cinta paling mahal
Cintakan selain Tuhan cinta murahan

Kalau Tuhan, kita kenali, Dialah segala-galanya,
Kalau Tuhan kita fahami, Dialah pengurus seluruh keperluan kita
Kalaulah kita faham, Tuhan ini siapa sebenarnya
Kita akan sanggup menerima ujian keranaNya,
Kita sanggup buat apa sahaja demi cinta padaNya,
Kita akan sanggup menerima ujian keranaNya,
Kita akan sanggup menderita kerana cinta padaNya.
Kenalilah Tuhan by Mawaddah



Lirik lagu ini memikat hati saya di kala pertama mendengarnya. Dan sehingga ke hari ini, lagu inilah yang saya putarkan berpuluh kali sebagai halwa telinga. Liriknya amat cantik dan indah sekali. Saya mengakui bahawa cinta kepada Allah swt merupakan cinta yang amat payah untuk dipupuk. Kenapa? Kerana kita tidak berupaya untuk melihat Allah swt. 'Tak kenal maka tak cinta' bukan?

Tapi, ini tidak bermakna kita tidak boleh mengenali Pencipta kita. Bagi insan yang mengenali dirinya sendiri, pastinya tidak susah untuk dia mengenali Ya Khaliq. Penciptaan dan pembentukan kita adalah sebaik-baik makhluk. Dengan akal yang diberikan, manusia tidak susah untuk mengenali Allah swt sebenarnya. Menekuni setiap anggota tubuh badan kita membolehkan kita mengecapi keEsaan dan keKuasaanNya. Dengan bunyi kicauan burung, peredaran matahari dan bulan yang tersusun, turunnya hujan membasahi bumi dan beribu kejadian semulajadi alam menjadi alat untuk manusia mengenai Tuhannya.

Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya dan Yang memulai penciptaan manusia dari tanah. (32;7)

Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat segala sesuatu. (67;19)

Katakanlah: "Dia-lah Yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati". (Tetapi) amat sedikit kamu bersyukur.(67:23)

Cinta kepada Allah datang daripada rasa keimanan yang tinggi kepada Rabbul Izzati malah cinta ini menjadi teras keimanan kerana keimanan mestilah berlandaskan pada ilmu pengetahuan. Dengan ilmu pengetahuan inilah kita boleh mengenali Tuhan kita. "Orang yang Mengenali Tuhannya, akan mencintai-Nya". Pengetahuan yang semakin mantap akan melahirkan kecintaan yang lebih tinggi biiznillah.

Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan kepadanya, Dia akan menjadikannya faham dalam agama.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Cinta seseorang kepada tuhannya akan membawa dia untuk mencintai apa yang disukai oleh Tuhannya. Disebabkan itulah, seorang yang beriman mencintai Rasulullah saw kerana Baginda merupakan kekasih Allah. Mereka juga mencintai Al-Quran dan segala isi kandungannya. Malah mereka juga mencintai orang-orang yang mencintai Allah.

Sabda Rasulullah saw lagi: "Tiga perkara, sesiapa yang memilikinya akan merasai kemanisan iman, iaitu dia mencintai Allah dan RasulNya melebihi yang lain, dia membenci untuk kembali kepada kekufuran setelah dia diselamatkan oleh Allah sama seperti dia membenci dicampakkan ke dalam api neraka, dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah swt."

Kecintaan kepada Allah adalah cinta yang agung..the ultimate love! Bagaimana sifatnya orang yang mencintai Allah swt itu? Mari kita tengok apa kata Allah?

"Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah lembut terhadap orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. (Al-Maidah; 5)

Membelek helaian kalamullah, terang dan jelas Allah berinteraksi dengan makhlukNya. Tiada sebab untuk makhluknya tidak mengenali Penciptanya Yang Maha Agung. Mengenali diri sebagai hamba menjadikan kita secara tidak langsung menerima dan mengakui bahawa Allah swt itulah tuan/CEO kita. Pengetahuan yang kita ada dan kumpul inilah menjadi sumber untuk kita mengenali Allah lalu mencintaiNya. Cinta ini pula akhirnya akan membawa kita kepada sifat-sifat orang yang mencintai Allah seperti yang dinyatakan dalam ayat di atas.

Cinta Allah lah cinta Allah yang paling mahal dan patut dikejar oleh setiap makhluk. Bukan seperti budaya zaman sekarang yang banyak mengagungkan makhluk sebagaimana jika dahulu, masyarakat jahiliyah dikenali sebagai masyarakat yang mengangungkan berhala yang tidak bernyawa. Kukuhkan cinta pada Allah sebelum cinta kepada makhluk. Belajar mencintai penciptanya sebelum mencintai apa yang diciptainya.

Ada 4 sikap orang yang sedang bercinta nih:

1. Buat apa yang disukai oleh orang yang dicintai

2. Tak buat apa yang dibenci

3. Tinggalkan apa yang tidak disukai

4. Sentiasa nak habiskan masa yang lama bersama

Macam orang yang sedang bercinta, memadu kasih.

1. Kalau yang makwe suka minum air kelapa, tak dijual di kedai, sanggup pulak yang pakwe panjat pokok kelapa. Nape? Sayang katanya~~

2. Makwe allergic ngan orang yang suka merokok..Asap rokok sebatu pon, dah terbatuk2. Aish, sebab sayang, rokok sanggup digadai.

3. Sang pakwe tak suka kita pakai baju kaler pink, menyilau sangat katanya. Tak perlah, nak buat camne..babai baju pink :P

4. Kalau dah bercinta, berkepit siang malam pon tak jemu2..Hujan ribut taufan pon tak kesah.

Tapi kenapa bila cinta kepada Allah swt, tak boleh sampai ke tahap camni? Mungkin boleh, tapi susahkan? Banyak usaha yang perlu diletakkan.

Kalo kita fikirkan cinta kita kepada ibubapa pon cukup rasanya. Demi ibubapa, sanggup je rasanya nak tinggalkan study, harta benda. Tapi kalau demi cinta Allah, agak-agaknya berapa ramai yang sanggup? hmmm..meh kita sama-sama berfikir dan muhasabah. Moga kita termasuk dalam golongan orang yang mencintaiNya dan dicintaiNya. aminn...

Shame on You, Yahudi Laknatullah!!!

Ahli D'Nur

Blog Archive