Selamat datang ke blog D'Nur
Jualan Ayam
13:12 | Labels: jualan | 0 Comments
HandMade BookMarks & Cards TO Be Sold
Bookmarks
* produced by Noraini ltd.
12:28 | Labels: jualan | 0 Comments
Kite Runner by Khaled Hosseini
DUA perkara yang difikirkan sesudah menonton filem dan membaca buku Kite Runner hasil nukilan Khaled Hosseini ini : Cinta yang tulus dan takdir.
Amir dan Hassan adalah dua bersaudara yang sejak dari kecil terpingir daripada gelaran tersebut, mereka hidup di dua dunia yang berbeza. Amir sebagai anak tuan dan Hassan sebagai anak pembantu rumah. Ayah Amir (yang juga ayah Hassan yang sebenarnya) seorang peniaga yang kaya namun seorang Islam hanya pada nama.
Sejak kecil, Hassan bekerja membantu 'ayah'nya yang merupakan pembantu rumah di rumah Amir. Oh ya! Cerita Ali, 'ayah' Hassan begini. Ibubapanya telah dibunuh kerana mereka adalah orang berketurunan Hazara, keturunan yang lebih hina daripada Pashtun di Afghanistan, lalu Ali yang masih kecil waktu itu telah dibawa berjumpa datuk Amir, seorang hakim. Lalu Ali diambil tinggal seperti anak sendiri namun Ali sedar dirinya hanya seorang Hazara. Maka sejak hari itu, Ali tinggal sebagai seorang hamba di rumah Amir.
Keakraban Amir dan Hassan sewaktu itu ibarat isi dengan kuku. Mereka memanjat bukit bersama-sama, bermain layang-layang dan Amir pernah mengukir perkataan "Amir dan Hassan, Sultan-sultan Kabul". Namun Amir hanya melakukan ini semua semasa tiada orang lain yang bermain dengannya. Saat ada tetamu di rumah, Amir seakan malu untuk bermain dengan Hassan. Malah Amir sering mengejek Hassan kerana tidak tahu akan makna sesuatu perkataan. Namun Hassan seorang yang sangat naif dan seringkali membiarkan Amir memperlakukannya sedemikian rupa.
Sebenarnya Amir mencemburui Hassan. Ayah Amir sering bertanyakan Hassan, mengajak Hassan ke mana-mana bersama mereka sedangkan Amir inginkan kasih sayang ayah hanya untuknya. Amir seringkali merasakan ayahnya membenci dirinya kerana ibunya meninggal dunia sewaktu melahirkan Amir. Sehinggakan Amir pernah terdengar ayahnya seakan tidak mahu mengakui Amir sebagai anak sekiranya dia tidak melihat sendiri Amir lahir dari kandungan isterinya yang telah meninggal dunia.
Apa seterusnya? ...
We care, we act.
23:55 | Labels: buku | 0 Comments
Hanya Satu Soalan;"Apakah Semua Ini Bisa Menyelamatkan Kita?
Amal soleh digandakan sehingga 700kali ganda
(Al-Baqarah; 261)
Membelanjakan harta ke jalan Allah disimpulkan sebagai sebarang perbelanjaan yang disumbangkan mengikut jalan yang disuruh oleh Allah swt samada meberi bantuan kepada orang-orang yang memerlukan, beri nafkah kepada anak dan isteri, menunaikan haji, mengeluarkan zakat dan sebagainya. Ini semua mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda sehingga mencapai 700 kali ganda.
Daripada ayat ini juga, dijelaskan bahawa amal soleh yang dilakukan manusia beriman akan dilipatgandakan pahalanya sebagaimana Allah menggandakan bijian yang kita tanam di permukaan bumi yang subur tanahnya. Jika tanah itu tak subur, benih itu akan mati atau hasilnya tidak seperti yang diharapkan.. begitulah juga dengan amal soleh kita. Tanah itu diibaratkan seperti keimanan dan kepercayaan kepada Islam. Semakin kuat imannya, semakin banyak ganjaran amal kebajikan yang diperoleh..sama sprti smkin subur tanah, semakin elok keluarnya hasil tumbuh-tumbuhan yang ditanam atas tanah itu.
Hadith drpd Ibnu Mas'ud r.a menyatakan bahawa seorang lelaki telah bersedekah seekor unta yang diheret dgn tali pada jalan Allah lalu Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud; "Akan datang kpdmu di hari akhirat seorg yang dgnnya tujuh ratus ekor unta yang siap diikat dengan tali." (Allah swt telah menggandakan sedekahnya itu sbyk 700 kali ganda)
Orang yang belanja harta untuk cari redha Allah umpama kebun di tanah tinggi
"Dan Bandingan orang2 yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dr jiwa mereka, adlh sperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebatpun, hujan renyai2 pun (cukup untuk menyiraminya) . Dan igtlah Allah sentisa melihata akan apa yang kamu lakukan." (Al-Baqarah; 265)
"....Apabila turun hujan lebat.."
Ini kerana selalunya hujan lebat akan membawa bersamanya musibah..kebun di tanah yang tinggi akan selamat, tidak ditenggelami air. Tanahnya pula pula tidak dihanyutkan air. Air hujan yang turun bukan memudaratkan, malah lebih menyuburkan lagi tanah serta tanamannya. Bukan setakat hujan lebat, hujan yang renyai2 sahaja sudah cukup utk memberi manfaat kepada kebun di tanah yang tggi.
Begitulah bandingan orang yang membelanjakan hartanya ke jalan Allah utk mencari keredhaanNya. .dalam keadaan yang macam mana sekalipun, Allah tetap akan memberi ganjaran dan berkat kepadanya.
Keikhlasan dalam membelanjakan harta ke jalan Allah
Takwa drpd setiap mukmin lah yang menyebabkan Allah swt menerima segala kebajikan dan amalan baik yang diperbuat, bukan dinilai pd jumlah yang didermakan.. Tetapi tidak dinafikan banyak menderma lebih banyak pahala yang akan didapati insyaallah. Seorang yang menderma beribu-ribu ringgit tanpa rasa ikhlas malah utk menunjuk2 tidak mendapat apa-apa ganjaran berbanding seorg miskin yang menderma rm1 drpd rm5 yang dia ada. Namun, ini tidak wajar untuk jadikan hujah bagi menahan diri kita drpd mengeluarkan perbelanjaan yang besar ke jalan yang diredhai Allah swt. Ikhlas itu perlu dididik dan ditanam ke dalam diri, bukannya untuk kita membuat keputusan menghadkan sumbangan tersebut. Kan lebih besar nilainya, yang dihadirkan dengan ikhlas akan membuahkan lebih banyak ganjaran 700bji benih sprti yang disebutkan pada ayat al-baqarah;261 di atas.
Berkata Ibnu Abi Hatim,Saidina Umar bertemu dengan Rasulullah saw dan menyrahkan separuh drpd harta. Lalu Rasulullah saw bertanya;
"Adakah kamu tidak meninggalkan sedikitpun harta kepada kaum keluargamu, wahai Umar?"
Jawab Umar; " Saya tgglkan utk mereka sebahagian (separuh) drpd harta saya."
DAtang pula Saidina Abu Bakar menyerahkan semua hartanya kepada Rasullullah saw. Rasulullah bertanya soalan yang sama pada Saidina Abu Bakar lalu dijawabnya;
"Yang tinggal hanya janji Allah dan RasulNya."
Bisikan syaitan dalam hati manusia
"Syaitan menjanjikan kamu dgn kefakiran dan menyuruh kamu kepada kejahatan, Allah menjanjikan kamu dgn keampunan serta kelebihan drpdNya dan Allah itu Maha Luas Kurniaanya lagi Maha Mengetahui."
(al-Baqarah; 268)
Syaitan mmg sentiasa memainkan peranannya dgn membisikkan kefakiran dan kemiskinan ke dalam hati manusia spy kita merasa bakhil dgn harta benda kerana takutkan papa. Dan hanya hati yang lemah sahaja akan kalah dgn bisikan syaitan tersebut.
Hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan drpd Abdullah bin Mas'ud r.a; "Sesungguhnya bagi syaitan ada bisikan kepada anak Adam (melalui hati) dan sebagimana malaikat juga ada bisikannya yang baik dalam hati anak Adam. Adapun bisikan syaitan itu adlh memjanjikan dgn kejahatan dan spy membohongi perkara yang sebenarnya dan menjanjikan perkara yang jahat...."
Setiap kebaikan itu akan kembali kpdmu
"Apa2 yang kamu belanjakan drpd perkara yang baik, memberi sumbangan harta benda dgn tujuan & nilai yang baik dimana kebaikan itu akan kembali kepada diri kamu. Dan apa2 yang kamu belanjakan kerana mencari keredhaan Allah" (al-Baqarah 272)
Menurut Atho' Al-Kharasan, pahala membelanjakan harta kerana mencari keredhaan Allah saw ttp diperolehi walaupun harta tersebut digunakan oleh orang lain untuk melakukan kejahatan atau kemungkaran dan janganlah berdukacita dgn sebab itu.
Dalam suatu hadith yang diriwayatkan drpd Bukhari dan Muslim, Nabi saw bersabda bermaksud; "Ada seorang lelaki di zaman dahulu telah berkata,"Malam ini aku akan memberi sedekah" lalu dia keluar dgn membawa sedekahnya dan dia memberi sedekahnya kpd seseorg, tetiba sedekahnya diletakkan di tangan pelacur maka apabila dia berpagi-pagian orang ramai bercakap bhw dia telah meberi sedekah kepada pelacur.
Dia menangisi nasibnya yang telah memberi sedekah kepada pelacur, lalu dia berazam untuk keluar memberi sedekah lagi pada malam ini. Malangnya sedekahnya diletakkan di tangan orang kaya. Ia berulang buat ke3 kalinya apabila sedekahnya diletakkan ke tangan pencuri pula. Dia sgt berdukacita dgn nasib yang menimpanya.
Tetapi kemudiannya Allah mendatangkan ilhamNya dengan menyatakan bahawa sedekahnya telah diterima oleh Allah swt. "Adapun perempuan pelacur itu mudah-mudahan dgn berkat sedekah yang kamu berikan itu akan behenti drpd melacurkan dirinya, dan mudah mudahan orang kaya akan insaf dgn sedekahmu itu lalu membelanjakan harta bendanya, Dan pencuri itu mudah mudahan akan membersihkan dirinya daripada sifat mencuri."
Maksudnya,hadith ini menerangkan kepada kita bahawa kita tidak perlu berasa dukacita sekiranya sedekah kita disalah gunakan oleh penerima sedekah kerana Allah memberi pahala atas amalan sedekah kita itu. Dan kesalahan penerima sedekah itu adalah urusannya dengan Allah swt. Maka kita tidaklah perlu risau ttg ke manakah sumbangan kita dibelanjakan oleh orang yang menerima sumbangan.
(Sumber; Kuliyyah Tafsir Tuan Guru Haji Abdul Awang, Siri 6)
01:01 | Labels: buku, tafsir, tazkirah, youtube | 0 Comments
New; Aksesori muslimah II
Tshirt/blouse labuh muslimah





Tudung
Bidang 60' dan 45'



Mini scarf untuk tudung jarang
Hand socks; multicolours
20:17 | Labels: jualan | 2 Comments
Muharram & permulaan hijrah
Firman Allah pada ayat tersebut:
Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati. Katakanlah: Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjidilharam (di Mekah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah
Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah. Allah menjelaskan lagi pada ayat tersebut dengan membandingkan manakah yang terlebih besar dosanya daripada menghalang golongan yang keluar ke jalan Allah dan memasuki masjidil haram. Maka yang terlebih besar dosa itu mereka yang menghalang umat-umat Islam berjihad ke jalan Allah dan dari memasuki masjid Allah.
Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullah) . Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.
Imam Hassan Al Basri mengatakan dengan pembukaan takwim hijrah pada bulan Muharam ianya sebagai salah satu kemuliaan yang diberikan oleh Allah berbanding bulan-bulan yang lain. Lalu dinamakan nabi dengan nama Syahrullah disebabkan kemuliaan yang ada padanya.
Kalendar Islam pertama
Kalendar Islam bagi sandaran umat Islam adalah Takwim Hijrah atau Takwim Islam. Ianya merupakan takwim yang digunakan secara meluas di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. Kalendar ini merupakan kalendar lunar (berasaskan bulan), dan mempunyai kira-kira 354 hari setahun.
Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab radhiyallahu `anhu. Ini adalah rentetan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.
Riwayat juga mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As'ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a meminta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Bermula daripada peristiwa berikut saidina Umar memerintahkan satu kalendar / taqwim Islam yang khas diwujudkan untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu. Peristiwa ini juga pencetus kepada penyusunan takwim berdasarkan falak syar’ie.
Sebelum kemunculan kalendar Islam ini di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar taqwim Islam. Walaupun tahun yang dipilih adalah tahun hijrah, ianya mencatatkan peristiwa hijrah berlaku pada bulan yang lain selain muharram namun kalender Islam meletakkan awal bulan kalender hijrah itu sebagai awal Muharram ini kerana kemuliaan yang ada pada bulan ini di sisi orang arab lebih-lebih lagi di sisi Allah.
Kalendar ini juga mengambil peristiwa hijrah Rasullullah s.a.w dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.
Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis pula dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan. Perbandingan kalendar juga telah dibuat oleh Umar,setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik dan bersistematik. Maka dengan itu pengisytiharaan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.
Peristiwa Penting Dalam bulan Muharam
1 Muharram
Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
Amalan-amalan sunat dalam bulan Muharram
1. memperbanyakkan puasa di bulan muharram
Amalan berpuasa ini sangat dianjurkan berdasarkan hadis yang banyak menyeru berpuasa di bulan ini. Antaranya:
Daripada Abu Hurairah R.a katanya: bersabda Rasul s.a.w: seafdhal-afdhal puasa selepas Ramadhan bulan Muharram dan seafdhal solat selepas solat fardhu adalah qiamullail.
Daripada ibn Abbas katanya: tiada aku melihat nabi terlebih gemar dan bersangatan berpuasa pada satu hari yang punyai kelebihan pada hari lain iaitu Asyura dan (bulan) Ramadhan
2. berpuasa pada hari asyura dan tasu'a
Daripada Abi Qatadah secara marfu’ (kedudukan hadis):….dan puasa pada hari Asyura akan dihisab oleh Allah, puasa itu akan mengkafarahkan satu tahun puasa setahun sebelumnya.
Dikeluarkan oleh muslim dalam sahihnya;
daripada ibn Abbas r.a katanya: Rasulullah berpuasa pada hari Asyura dan menyeru agar berpuasa pada hari itu. Lalu para sahabat berkata: wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari itu adalah hari kebesaran yahudi dan nasrani. Lalu kata Rasulullah: apabila tahun hadapan menjelang dengan izin Allah kita akan berpuasa pada hari ke sembilan. Berkata Ibn Abbas: tidak sampai tahun hadapan sehinggalah nabi diwafatkan.
Riwayat Muslim
3. memperbanyakkan qiamullail.
Selain amalan berpuasa juga amalan qiamullail perlu dihidupkan. Ini berdasarkan amlan Rasul s.a.w menunaikan qiamullail berdasarkan juga dalil yang menyebut kelebihan yang ada pada bulan Muharram berbanding dengan bulan lain.
Pengajaran peristiwa Hijrah
1. hijrah memberi pengajaran dari aspek sosial atau pergaulan hidup di mana hubungan antara penduduk Madinah ketika mana hijrahnya nabi bersama muhajirin semakin rapat antara mereka terutama sesama Islam dengan usaha di dalam mempersaudarakan mereka dan juga termeterainya piagam Madinah. Tiada lagi permusuhan yang teruk disebabkan bangsa dan keturunan disamping hubungan baik antara muslimin dan bukan Islam juga berjalan baik. Ini sebagai satu praktikaliti kepada kita umat Islam sebagai kesatuan ummah, untuk berhadapan dengan musuh baik secara zahir dan tidak zahir.
2. hijrah menyemarakkan lagi suasana ukhuwah di samping mengukuhkan struktur Ekonomi atau hubungan manusia secara material. Ianya berkembang baik dengan menyingkirkan amalan riba, korupsi dan amalan yang menindas serta kepentingan diri sendiri setelah wujudnya sistem ekonomi Islam yang menjamin kestabilan dan keadilan. Dengan ini dari aspek sejarah, Islam telah memuliakan penduduk Madinah yang dianggap lemah dan miskin oleh penduduk Mekah sebelum ini kerana kebanyakan mereka hanya mengharap kepada hasil pertanian sahaja.
3. hijrah memberi pengajaran dalam merubah sosio budaya umat Islam. Ini dapat dilihat melalui muamalah di kalangan orang-orang ansar dan muhajirin. Perubahan daripada satu keadaan jahiliah kepada hidayah yang terang menerangi iman mereka sehingga menjadikan mereka ummah yang terbilang dan gemilang di mata masyarakat masa itu. Seterusnya membuktikan kemampuan umat Islam pada masa itu berjaya membina empayar pertama di bumi Madinah.
20:16 | | 0 Comments
Menjelang awal Muharram 1429
Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun
Doa Awal Tahun

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut,dengan izin Allah dan tawakal kepadaNya.
Doa Akhir Tahun

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".InsyaAllah dengan izinNya juga.Maka berdoa dan bertawakallah kepadaNya selalu.Atas kehendakNya juga doa kita diperkenankan.
And when My servants question thee concerning Me, then surely I am nigh. I answer the prayer of the suppliant when he crieth unto Me. So let them hear My call and let them trust in Me, in order that they may be led aright. (2:186)
20:03 | | 0 Comments
Cartoon Seerah Rasulullah saw
Untuk sambungan seterusnya, klik Sini
23:11 | Labels: sirah, youtube | 0 Comments
Isi-isi penting Buku Jundullah Jihad Fi Sabilillah
- 1. Jihad tidak dapat dilakukan oleh orang-orang yang takut pada cercaan manusia kerana secara lumrahnya, orang-orang yang ingin melakukan jihad pasti mendapat tentangan daripada orang-orang yang tidak inginkan kemenangan Islam.
- 2. Jihad ini terdapat dalam bentuk tenaga dan kebendaan dan dimanifestasikan melalui tangan,lidah & hartanya. Setiap orang mu’min dituntut untuk berjihad di jalan Allah dengan diri dan harta yang mereka miliki.
- 3. Siapakah orang yang tega untuk terus melakukan jihad? Mereka adalah orang yang tidak hiraukan celaan, berjuang kerana Allah swt dan di jalan Allah swt. Mereka akan tetap terus berjihad sehingga mereka gugur.
"Di antara orang-orang mu’min itu ada orang-orang yang menepati apa yang mereka janjikan kepada Allah, maka ada di antara mereka yang gugur. Dan di antara mereka ada pula yang menunggu-nunggu, dan mereka sedikitpun tidak merubah janjinya.” (al-Ahzab;23)
- 4. Bagi mereka yang nak berjihad, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah bebaskan diri daripada kecintaan dunia dan hendaklah mempunyai ilmu.
“Sesungguhnya kamu akan tetap berada di jalan yang sebenar dari Tuhan kamu selagi tak timbul di kalangan kamu 2 perkara mabuk iaitu kejahilan & sayangkan hidup. Kamu akan terus menyuruh yang maaruf dan melarang yang munkar serta terus berjihad di jalan Allah..”
Rasulullah menyambung lagi dalam hadith tersebut, bahawa apabila perasaan kasihkan dunia ini mula timbul, manusia tidak lagi akan menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah daripada munkar dan berjihad di jalan Allah. Pada ketika itu, kedudukan orang yang memperkatakan ttg kitab dan sunnah akan dianggap sebagai orang yang asing sebagaimana generasi pertama Islam dahulu.
- 5. Suatu tanggapan yang salah apabila seorang muslim itu merasakan kita tidak perlu berjihad dengan alasan Allah swt pasti akan menolong agamaNya dan memastikan Islam akan terus terpelihara.
“Hai orang-orang yang beriman, jagalah diri kamu sendiri dan tiadalah membahayakan kepadamu orang yang telah sesat, bila kamu telah mendapat petunjuk.” (al-Maidah; 105)
“Sesungguhnya apabila manusia melihat kemungkaran, dan mereka tidak mengubahnya adalah dibimbangkan yang Allah swt akan menyiksa mereka semua.”
- 6. Jihad dalam hati adalah martabat keimanan yang terendah dan paling lemah. Suatu hadith yang diketahui umum bagi menjelaskan perkara ini adalah; “Sesiapa di antara kamu melihat sesuatu yang munkar hendaklah ia mengubahnya dengan tangan, sekiranya tidak mampu, hendaklah ia mengubah dengan lidahnya, dan jika dia tidak mampu, hendaklah diubah dengan hatinya. Dan sesungguhnya itu adalah selemah-lemahnya iman.”
Walaubagaimanapun, berbeza pula keadaannya jika kita berhadapan dengan orang Islam yang melakukan kemungkaran. Sekiranya diketahui bahawa orang-orang Islam fasiq tersebut tidak akan berubah malah mungkin membunuhnya sekiranya dia melarang, dia dibolehkan untuk bertindak. Ini kerana orang fasiq tersebut telah mengetahui dan mempercayai ttg tuntutan Islam. Maka sedikit sebanyak penentangan yang diberikan akan mnjadi peringatan dan memberi kesan kepada hati mereka.
(pengajaran; kena bijak bertindak dalam berhadapan dengan musuh)
- 1. diketahui dengan yakin dan pasti bahawa tindakannya tidak akan membawa sebarang perubahan.
- 2. tindakannya pasti akan mengundang bahaya seperti dipukul shgga cedera teruk, rumahnya dibakar, hartanya dirampas etc. Cacian, cercaan dan kata-kata nista tidaklah tergolong sebagai bahaya kerana tuntutan amar maaruf nahi munkar tentulah takkan tertegak selama-lamanya sekiranya perkara-perkara tersebut menggugurkan tuntutannya.
Walaupun begitu, apabila kewajipan itu gugur, galakan (istihbab) masih tetap kekal.
- 7. Jihad dalam hati ialah menolak sebarang bentuk maksiat kepada Allah sepanjang masa dan tempat samada dia nampak ataupun tidak. Dalam suatu hadith, dinyatakan sesorang yang menyaksikan kemungkaran, tetapi hatinya menentang dan benci pada perkara tersebut, maka dia seperti golongan yang tidak menyaksikan. Tetapi orang yang tidak menyaksikan, tetapi hatinya membenarkan atau meredhainya, maka kedudukannya sama seperti orang yang menyaksikan.
- 8. Jenis-jenis jihad:
- a. jihad lisan
- b. jihad pengajaran
- c. jihad tangan dan diri
- d. jihad politik
- e. jihad harta
(Siri 2 dan seterusnya akan mengupas satu demi satu jenis jihad yang dinyatakan dalam buku ini.)
13:40 | Labels: buku, Jundullah Jihad Fi Sabilillah | 0 Comments
