Selamat datang ke blog D'Nur

~~ We care, we act ~~

Isi-isi penting Buku Jundullah Jihad Fi Sabilillah

JUNDULLAH JIHAD FI SABILILLAH (karangan Sa’id Hawwa) - SIRI 2


Jihad dengan Lisan


1. Konsep Jihad dengan lisan terbahagi kepada 3;
  • menyampaikan Islam dengan hujah kepada orang-orang kafir, munafik dan fasiq

Ini adalah kewajipan yang paling utama. Rasulullah saw telah bersabda; "sampaikan daripadaku walau satu ayat"

"Dan berjihadlah kamu terhadap mereka dengan al-Quran dengan jihad yang besar"


Al-Imam Sa'id Hawwa menyatakan "proses menyampaikan Islam dan menegakkan hujahnya adalah merupakan langkah pertahanan Islam yang terbesar, kerana kemuncak Islam adalah jihad sedang jihad secara lisan itu merupakan jihad yang terbesar di mana maksud atau tujuan jihad dengan tangan tidak akan tercapai kecuali dengan jihad lisan ini."


Hanya orang yang takut kepada Allah swt semata-mata dan tidak takut dengan manusia sanggup melakukan jihad ini seperti yang telah disebutkan dalam Surah al-Ahzab;39


Tugas menyampaikan Islam melalui hujah ini merupakan tugas dan kewajipan awal para Rasul. Dalam menjalankan amanah ini, seseorang itu perlu kepada hujah/penjelasan yang jelas yang boleh meyakinkan orang yang mendengar. Bagi mencapai tahap ini, ilmu yang diturunkan oleh Allah swt menjadi kunci kepadanya.


"Maka tidak ada kewajipan atas para Rasul, selain drpd menyampaikan amanat Allah dengan terang" (an-Nahl;35)


Selain itu, seseorang perlu mempunyai hikmah (kebijaksanaan), akhlaq mulia & kepintaran lidah.


"Serulah manusia ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik." (Al-Nahl;125)


Dalam kita menyampaikan seruan agama Allah, suatu perkara yang perlu difahami dan dijangka adalah tentangan. Tentangan dan Dakwah itu umpama irama dan lagu, gigi dan lidah..memang mustahil untuk dipisahkan. Bagi para da'ie, ungkapannya adalah Tentangan Itu Sunnah Perjuangan. Nabi-nabi serta Rasul yang telah menerima amanah ini lebih awal daripada kita juga telah menerima tentangan, malah tentangan yang jauh lebih dahsyat lagi. Nabi Musa menerima ancaman daripada Firaun, Nabi Nuh dikatakan seorang gila, Nabi Luth diusir bersama-sama pengikutnya dan sebagainya.


"Usirlah mereka (Luth dan pengikut-pengikutnya) dari kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri." (al-A'raf;82)


"Mereka menyatakan: 'Dia (Nuh)merupakan seorang gila dan dia sudah pernah diberi ancaman'"(al-Qamar;9)


Dalam menghadapi tentangan, kesabaran menjadi benteng daripada kekalahan orang yang berjihad. Hanya orang yang bersabar akan mencapai kemenangan dengan bantuan Allah swt.


  • memberi nasihat dan peringatan

"Maka berilah peringatan dengan al-Quran kepada orang yang takut kepada ancamanKu" (al-Dzariyat;55)

Nasihat ini diberikan untuk menimbulkan perasaan takutkan Allah, akan azab Allah yang Maha Berat. Konsep ini sesuai bagi orang yang masih buat kemungkaran walaupun tahu tentang siksa Allah saw. Tindakan ini dibuat dengan cara yang lemah-lembut, dan bukanlah kasar. Ini kerana ia bertujuan untuk mendidik, bukan menghukum. Kita diseru menghadirkan perasaan kasihan dan sedih dalam proses menasihati agar terbuka hatinya yang mendengar & mengikuti buah percakapan kita. Seorang da'ie itu tidak boleh ada dalam hatinya perasaan bangga diri ataupun riak walau sekelumit pun.


  • mencerca dan menolak dengan kata-kata yang kasar lagi keras sesudah gagal proses tegahan lembut dan sudah jelas keras kepalanya dan mempermainkan nasihat.

Contohnya kata-kata Nabi Ibrahim a.s: "Ah, celakalah kamu beserta apa yang kamu sembah selain Allah"

Ini membuktikan bahawa berdakwah MESTI dengan lemah-lembut adalah kurang tepat. Islam melalui al-Quran telah menunjukkan konsep-konsep ini. Maka tidak salah utk kita mencerca seseorang sekiranya teguran dengan baik tidak diendahkan, malah dipermainkan.

Contoh cercaan lain adalah; "wahai orang jahil", "wahai orang bodoh", "wahai orang fasiq" dan sebagainya..

Hadith Rasulullah saw: " Orang yang bijak adalah orang yang rendah diri dan melakukan amalan dan bekalan sesudah mati.." Jadinya, orang yang tidak melakukan amalan dan bersiap sedia dengan bekalan tergolong dalam orang yang bodoh @ tidak bijak.

Dalam mencerca ini, tidak dibenarkan mengungkapkan kata-kata penghinaan, dusta atau tuduhan liar seperti anak penzina, pelacur dan yang berkaitan dengannya.

Ada 2 adab yang digariskan dalam jihad lisan dalam bentuk cercaan:

a) tidak boleh mencerca kecuali apabila perlu dan sesudah gagalnya cara berlembut.

b) tidak boleh tuturkan kecuali cercaan yang benar, tidak boleh merepek, dan ungkapkan kata-kata yang tidak perlu.



2. Perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian dalam proses jihad lisan ini:
  • dalam penyampaian, dai'e perlulah mengikut prioriti dengan keutamaan diletakkan kepada unsur akidah berbanding ibadah, ibadah berbanding cara hidup, perkara-perkara pokok sebelum kepada perkara-perkara furu' dan yang dekat sebelum yang jauh.

  • ahli-ahli dakwah perlu memelihara diri dan berhati-hati serta teliti dalam menjalankan tugas jihadnya. Ini kerana musuh-musuh Islam sentiasa mencari jalan untuk menentang dan memburukkan ahli-ahli dakwah agar usaha perkembangan agama Islam akan terbantut. Mereka tidak memilih utk menentang agama Islam itu sendiri kerana tahu bahawa umat Islam pasti bangkit dan marah. Jadi, mereka akan berusaha memburukkan nama ahli-ahli dakwah agar Islam itu dengan sendirinya akan rosak.

Ahli-ahli dakwah perlulah mengelakkan diri daripada terikut langkah lawan yang menimbulkan pertikaian peribadi, pertikaian mendapatkan kuasa atau sesuatu matlamat yang hanya akan mengalihkan perhatian ahli-ahli dakwah daripada fokus kepada kerja dakwah.

Sekiranya ahli-ahli dakwah difitnah atau diburukkan namanya, dia bertanggungjwab untuk menafikan dan membersihkan namanya daripada segala hujah atau tuduhan musuh.

  • kena fahami waqi' tempat kita hendak menjalankan tugas kita. Negara demokrasikah? Negara Poliskah? Negara sunni? Negara syiah?

-perlu pelajari jenis-jenis penyelewangan

-siapakah org2 yang melakukan penyelewangan

-kena buat program menyeluruh lagi sesuai dengan masalah-masalah itu

-kena kerja terus terusan untuk capai matlamat.

Ahli-ahli dakwah perlu juga kaji kekurangan orang Islam itu sendiri dan usahakan agar seluruh umat islam bersatu.


3. Cara-cara jihad lisan



  • sebarkan buku Islam

  • Majalah, surat khabar dan pamplet

  • syarahan dan pengajian umum di masjid atau di rumah

  • dakwah fardiyah, ziarah, majlis ilmu

-bersambung-


We care, we act.

1 comments:

kin hashim said...

tahniah di atas usaha adik2 sekelian dlm memeriahkan blog ni dengan pengisian yg bagus2 nih..... juga, selamat maju jaya juga dlm bisnes! K kin nak bagi award sket... roses award, sila la ambik kat blog k kin yer! :).

Shame on You, Yahudi Laknatullah!!!

Ahli D'Nur

Blog Archive